Sekilas
- Anzalna Nasir berkongsi suaminya, Hanif Zaki, suka menghubunginya sepanjang hari untuk berkongsi perkembangan rutin harian.
- Jika Anzalna tidak menjawab panggilan, Hanif sanggup menghubungi orang sekelilingnya untuk memastikan dia dapat bercakap dengannya.
- Sikap suaminya itu membuatkan Anzalna risau jika tidak menerima panggilan seperti biasa, dan netizen turut berkongsi pengalaman serupa.
Pelakon, Anzalna Nasir berkongsi sikap suaminya, Hanif Zaki yang gemar menghubunginya sepanjang hari.
Menurut Anzalna, suaminya bukan sahaja akan menelefon untuk bertanya khabar, malah hampir setiap perkembangan dalam rutin hariannya turut dikongsikan menerusi panggilan telefon.
“I have a husband who calls me all the time. Sampai office dia update dah sampai, nak lunch dia call bagitahu, stress dekat tempat kerja pun dia call cerita, dah OTW balik rumah pun call lagi.
“OTW pun sempat call nak bersembang dengan I,” katanya.
Lebih mencuit hati, Anzalna berkata, jika dia tidak menjawab panggilan, suaminya sanggup menghubungi individu di sekelilingnya bagi memastikan dia dapat bercakap dengannya.
“Kalau I tak angkat, dia akan call orang sekeliling I pula,” ujarnya.
Bagaimanapun, Anzalna mengakui sikap suaminya itu membuatkan dia risau jika tidak menerima panggilan seperti kebiasaan.
“Tapi kalau dia tak call I… ahhhh kita yang ghisauuu!” katanya berseloroh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga berkongsi pengalaman yang sama bersama pasangan mereka.