Skip to main content

Hiburan

Ada Yang Ancam Mahu Boikot Teater Mansur & Liu, M. Nasir Pertahan Pemilihan Aliff Aziz - “Adalah 4 Orang, Yang Lain Sokong”

Ada Yang Ancam Mahu Boikot Teater Mansur & Liu, M. Nasir Pertahan Pemilihan Aliff Aziz - “Adalah 4 Orang, Yang Lain Sokong”

Sekilas

  • Datuk M. Nasir mempertahankan pemilihan Aliff Aziz sebagai pelakon utama teater Mansur & Liu berdasarkan bakat dan kesesuaian pelakon tersebut.
  • Beliau menganggap kritikan dan boikot dari segelintir netizen sebagai tekanan biasa yang perlu dihadapi dengan fikiran rasional.
  • Teater Muzikal Mansur & Liu akan dipentaskan di Istana Budaya dari 10 hingga 20 September, mengisahkan Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu berdasarkan Sejarah Melayu.
Advertisement

Maestro muzik tanah air, Datuk M. Nasir mempertahankan pemilihan Aliff Aziz sebagai pelakon utama bagi teater arahannya yang berjudul Mansur & Liu.

Ujar pemilik nama Mohamad Nasir Mohamed ini, pemilihan Aliff bukan dibuat secara suka-suka sebaliknya mengambil kira bakat yang ada pada pelantun lagu Sayang-Sayang itu.

Advertisement

Malah, pelantun lagu Hati Emas ini memuji Aliff yang disifatkannya sebagai seorang artis yang bersungguh-sungguh.

“Kita kena pandang pada bakat dan bukan kita suka-suka saja pilih setelah ambil kira dengan macam-macam ya.

“Dan saya dapati, saya pun sebenarnya
baru kenal dan dia memang bagi sayalah, dia memang cocok dengan peranan tu,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

M. Nasir berkata demikian ketika ditemui di sesi sidang media konsert Magnum Opus M. Nasir Dekad Ke-5 yang berlangsung di Lambang Sari, Istana Budaya pada Selasa.

Ditanya mengenai gerakan boikot yang disuarakan segelintir netizen, M. Nasir tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut.

Ujarnya, setiap keputusan yang dibuat dalam kehidupan pasti hadir bersama tekanan, namun perlu dihadapi dengan fikiran yang rasional.

“Hidup ini… kita berhadapan dengan pilihan-pilihan kan? Jadi, selalunya pilihan yang dibuat selalu memberi kita tekanan-tekanan yang.

“Tapi saya harap saya boleh menghadapi benda itu semua dengan fikiran yang rasional.

“Yang nak boikot itu adalah empat orang, yang lain sokong,” selorohnya.

Menerusi Teater Muzikal Mansur & Liu, Aliff dipilih untuk menggalas peranan sebagai watak utama iaitu Sultan Mansur Shah.

Teater Muzikal Mansur & Liu mengangkat kisah Sultan Melaka keenam, Sultan Mansur Shah dan Puteri Liu dari Dinasti Ming berdasarkan Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu.

Pementasan sulung arahan M. Nasir itu dijadual berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya dari 10 hingga 20 September depan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

Must Watch Video

Advertisement