Skip to main content

Selebriti

Ada Yang Hairan Anzalna Jadi Dulang Girl, Rupanya Memang Sahabat Baik Amira - “Selalu Keluar Bersama, Cuma Tak Kongsi Di Media Sosial”

Ada Yang Hairan Anzalna Jadi Dulang Girl, Rupanya Memang Sahabat Baik Amira

Pelakon, Anzalna Nasir mendedahkan bahawa dia dan penyanyi, Amira Othman merupakan sahabat baik.

Menurut Anzalna, mereka sebenarnya sudah lama bersahabat namun memilih untuk tidak terlalu berkongsi tentang perkara itu di media sosial.

Advertisement

“Mungkin ramai tidak tahu yang saya dan @amiraaothman sudah berkawan sejak bertahun-tahun.

“Kami memang selalu keluar minum kopi bersama, cuma tidak berkongsi di media sosial. Tidak semua perkara perlu dipamerkan, kan?.

“Kami menjadi semakin rapat apabila kami berdua dilantik sebagai duta jenama, Jakel,” kongsinya menerusi satu hantaran di Instagram.

Tambah Anzalna, dia berasa sedikit segan apabila diminta untuk menjadi ‘gadis dulang’ (dulang girl) sempena majlis pernikahan Amira dan aktor, Fattah Amin.

Namun, atas dasar persahabatan dan sikap Amira yang baik hati, Anzalna tidak mampu menolak permintaan tersebut.

“Bila Amira minta saya jadi gadis dulang, saya sebenarnya malu juga nak terima. Semua gadis dulangnya muda dan cantik-cantik belaka. Saya ni dah kertu, macam tak sesuai pun ada! Hahaha.

“Tapi Amira merupakan sahabat yang sangat baik jadi saya tak boleh nak kata tidak.

“Amira, rasanya saya dah ucapkan, tapi sekali lagi saya doakan semoga bahagia melayari bahtera rumah tangga bersama suami tercinta, @fattahaminz,” coretnya.

 

 Terdahulu, penyertaan Anzalna sebagai gadis dulang pada majlis itu hangat diperkatakan di media sosial kerana hubungannya yang diketahui akrab dengan bekas isteri Fattah, iaitu pelakon Nur Fazura.

 

Namun, Anzalna sebelum ini menegaskan dirinya tidak berpihak kepada sesiapa dan sentiasa menghormati kedua-duanya sebagai sahabat baik.

Must-Watch Video

Advertisement