Skip to main content

Selebriti

Ada Yang ‘Judge’ Laici Kang Nampak ‘Jelly-Jelly’, Syida Melvin Bidas - “Dalam Tu Ada…”

Ada Yang ‘Judge’ Laici Kang Nampak ‘Jelly-Jelly’, Syida Melvin Bidas - “Dalam Tu Ada…”

Sekilas

  • Syida Melvin menjelaskan laici kang yang disediakannya mengandungi 13 jenis bahan walaupun tidak semua jelas dalam video yang dikongsikan.
  • Syida menegaskan netizen tidak patut membuat penilaian hanya berdasarkan video pendek tanpa mengetahui bahan sebenar.
  • Legasi jualan laici kang keluarga Syida diteruskan olehnya dan mendapat sambutan baik.
Advertisement

Pempengaruh dan pelakon, Syida Melvin tampil membidas kecaman segelintir netizen yang mempersoalkan tentang penggunaan bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan hidangan laici kang miliknya.

Menerusi perkongsian di Threads, Syida menjelaskan bahawa laici kang yang disediakannya mengandungi 13 jenis bahan meskipun tidak semuanya kelihatan jelas menerusi video yang dikongsikan.

Advertisement

Malah kata Syida, tanggapan tersebut tidak sepatutnya dibuat hanya berdasarkan paparan video beberapa saat.

“Okay meh sini aku nak habaq, ramai yang judge kenapa nampak jelly jelly sahaja, tak nampak macam Laici kang

“Nak judge melalui video pula tu, dalam tu ada kembang semangkuk, getah anggur, white fungus, barli, kundur, buah pala, peach gum, nata de coco, sagu, kacang, agar agar hijau, buah laici, cincau, selasih.

Advertisement

“Kalau rajin boleh beli semua bahan yang aku pakai ni cuba buat sendiri okay?” coretnya.

Untuk info, sebelum ini, pelakon, Syatilla Melvin berkongsi kisah keluarganya pernah mencari rezeki dengan menjual laici kang di sebuah medan selera di Parit Buntar, Perak, kira-kira 15 tahun lalu.

Malah kata Syatilla, legasi tersebut kini diteruskan oleh adiknya iaitu, Syida Melvin yang kembali menjual laici kang dan menerima sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

Sumber: Threads @syidamelvin

 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement