Sekilas
- Adira Suhaimi tidak menafikan atau mengiyakan dakwaan melakukan pembedahan plastik pada hidungnya.
- Beliau mengakui setiap individu ada rasa tidak yakin diri dan cara tersendiri untuk mengatasinya.
- Perubahan pada wajahnya hanya sedikit dan tidak perlu diperbesarkan menurut Adira.
Penyanyi, Adira Suhaimi tidak menafikan mahu pun mengiyakan mengenai dakwaan dirinya melakukan pembedahan plastik bagi memancungkan bahagian hidungnya.
Menurut Adira, setiap individu memiliki kekurangan dan rasa tidak yakin diri yang perlu ditangani dengan cara masing-masing.
“Setiap orang ada insecure masing-masing dan ada cara untuk menangani rasa insecure itu, saya pun ada cara tersendiri,” katanya kepada Gempak
Mengulas lanjut mengenai bahagian wajah yang menjadi perhatian netizen, Adira menjelaskan bahawa perubahan tersebut hanyalah sedikit dan tidak perlu diperbesarkan.
“Apa yang korang nampak, apa yang berubah itu sikit sahaja pun, saya tak menafikan dan saya juga tak cakap iya.
“Saya tahu limit saya dekat mana dan sekiranya awak nampak saya berubah sikit, saya tak boleh nak kata apalah,” ujarnya.