Skip to main content

Hiburan

“Ada Yang Panggil Saya Roslan Shah” - Maria Tunku Sabri Tak Kisah Dikritik, Jalani Pembedahan Bariatrik Demi Kesihatan

Maria Tunku Sabri

Sekilas

  • Maria Tengku Sabri menjalani pembedahan bariatrik Julai tahun lalu atas nasihat doktor untuk elak bergantung pada ubat diabetes, kolesterol dan darah tinggi yang diambil sejak 19 tahun lalu.
  • Walaupun menerima reaksi negatif tentang perubahan fizikalnya, Maria tetap fokus pada kesihatan dan mendapat sokongan daripada suami serta anak-anak.
  • Selepas pembedahan, kesihatan Maria bertambah baik, berjaya berhenti ubat darah tinggi dan fungsi dalaman tubuhnya kini seperti wanita berusia 18 tahun.
Advertisement

Pengacara terkenal, Maria Tengku Sabri mendedahkan bahawa keputusan untuk menjalani pembedahan bariatrik pada Julai tahun lalu adalah disebabkan masalah kesihatan yang dihadapinya.

Menurut Maria, dia diberi tempoh tiga bulan untuk menurunkan berat badan bagi mengelakkan dirinya daripada bergantung kepada ubat diabetes, kolesterol serta ubat darah tinggi yang sudah diambil sejak 19 tahun lalu.

Advertisement

“Sebenarnya doktor sudah melakukan saringan kesihatan dan memberi saya tempoh tiga bulan untuk kuruskan badan.

“Jika tidak dia terpaksa menyuruh saya mengambil ubat kencing manis dan kolesterol selain ubat darah tinggi yang telah saya ambil sejak 19 tahun lalu,” katanya kepada Gempak.

Maria berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media perkenalan barisan peserta bagi program Kilauan Emas Selebriti di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.

Dalam masa yang sama, Maria memaklumkan bahawa dia menyedari reaksi negatif segelintir pihak terhadap perubahan fizikalnya namun memilih untuk tidak mengambil hati kerana lebih mengutamakan kesihatannya.

“Saya tidak kisah orang nak cakap apa sebab mereka tidak berada di tempat saya. Sayaaya fikirkan kesihatan saya dan tidak kisah apa cakap orang.

“Mereka nak kata saya terlalu kurus, ibarat makcik berbangsa Cina, malah ada yang memanggil saya Roslan Shah, saya tak kisah semua itu.

“Yang penting suami dan anak-anak saya tahu saya melakukan bariatrik demi kesihatan. Insha-Allah saya mahu hidup sihat, umur panjang dan melihat anak-anak saya berumah tangga,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Maria meluahkan rasa syukur selepas keadaan kesihatannya ketika ini menunjukkan perkembangan yang positif.

“Selepas membuat pembedahan itu, saya rasa kesihatan saya bertambah baik. Saya sudah berhenti mengambil ambil ubat darah tinggi selepas 19 tahun memakannya dan tak perlu mula memgambil ubat kecing manis serta kolesterol.

“Setiap bulan saya melakukan ujian darah dan doktor mendapati fungsi dalaman saya ibarat wanita berusia 18 tahun. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekarang sudah sihat tanpa penyakit tiga serangkai,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Maria merupakan salah seorang daripada 10 peserta bagi program yang bakal menemui penonton 22 Ogos depan.

Selain Maria, antara selebriti yang turut menjadi peserta termasuklah Zila Bakarin, Datuk Jalaluddin Hassan, Rashan Baba, Rahim Omar dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement