Skip to main content

Hiburan

Ada Yang Persoal Status Kewarganegaraan Anak, Ini Jawapan Fila Amir - “Punyalah Menyibuk…”

cfvdf

Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Fila Amir tampil memberikan reaksi apabila ada netizen yang mempersoalkan kewarganegaraan anak perempuannya, Assara Adama Camara.

Menerusi hantaran di Instagram, Fila berkongsi semula komen seorang pengguna media sosial yang bertanya mengenai status anaknya.

Advertisement

"Boleh tengok surat beranak tak? Sebab saya nak tengok dia warganegara atau tidak,’” tulis individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, Fila membalas komen tersebut dengan nada sinis apabila menyifatkan tindakan individu itu terlalu menyibuk dengan hal peribadinya.

“Itu dia… punyalah level menyibuk. Orang lelaki kalau kepoh memang lain macam,” jawab Fila ringkas.

Terdahulu, Fila dan suaminya, Adama Camara, sering menjadi perhatian netizen sejak awal perkahwinan mereka apabila hubungan perkahwinan campur itu menimbulkan pelbagai spekulasi dan kecaman.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 26 April 2019, dan selepas lima tahun menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF), mereka akhirnya dikurniakan cahaya mata pertama pada 14 Mei lalu.

Must-Watch Video

Advertisement