Skip to main content

Hiburan

Ada Yang Pertikai Kehadiran Mawi Di Konsert 3 Aura, Ameng Tampil Pertahan - “Dia Ada Aura Dia Sendiri, Saya Pun Peminat Dia”

Astro Gempak 271

Sekilas

  • Ameng Spring mempertahankan Mawi susulan kecaman terhadap pemilihan Mawi dalam Konsert 3 Aura bersama Datuk Jamal Abdillah dan dirinya.
  • Konsert 3 Aura bukan konsert ‘3 Legenda’ tetapi menampilkan tiga generasi berbeza dalam industri muzik Malaysia.
  • Ameng teruja kembali beraksi dalam konsert besar selepas lama fokus pada karnival dan majlis makan malam, konsert akan berlangsung pada 12 Julai di Unifi Arena, Bukit Jalil.
Advertisement

Penyanyi Ameng Spring tampil mempertahankan rakan seperjuangannya, Mawi susulan kecaman segelintir pihak yang mempertikaikan pemilihan juara Akademi Fantasia musim ketiga itu untuk bergandingan bersamanya dan Datuk Jamal Abdillah dalam Konsert 3 Aura.

Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, orang ramai tersalah faham dengan konsep sebenar konsert tersebut yang bukan menghimpunkan tiga legenda industri muzik.

“Ada segelintir pihak yang salah faham dengan tajuk konsert ini. Mereka menyangka ini adalah konsert ‘3 Legenda’.

“Kalau kita lihat, Datuk Jamal Abdillah sudah mula menyanyi sejak tahun 1980-an, saya pula sejak 1990-an, manakala Mawi dianggap sebagai generasi baharu bagi kami. Sebab itulah kami menggunakan tajuk ‘3 Aura’,” katanya ketika ditemui Gempak.

Tambah pelantun lagu Bourgenvilla itu, Mawi mempunyai aura tersendiri sehingga pernah mencetuskan fenomena luar biasa dalam industri hiburan tanah air.

“Mawi mempunyai auranya yang tersendiri apabila suatu ketika dahulu dia pernah mencetuskan fenomena ‘Mawi World’ dan digelar Raja SMS menerusi program Akademi Fantasia.

“Saya sendiri adalah salah seorang peminat Mawi dan selalu menyanyikan lagu-lagunya seperti Lagu Jiwa Lagu Cinta,” ujarnya.

Mengulas kecaman yang timbul, Ameng menganggap perkara itu lumrah dalam dunia hiburan dan tidak perlu diperbesarkan.

“Mengenai pihak yang mengecam, saya rasa itu perkara biasa. Ada golongan ‘haters’ yang sentiasa mencari perkara negatif walaupun terhadap seorang ustaz.

“Jadi, bagi saya isu ini selesai,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ameng mengakui teruja untuk kembali beraksi dalam sebuah konsert berskala besar selepas sekian lama lebih banyak memenuhi undangan karnival dan majlis makan malam.

“Secara peribadi, saya jarang mengadakan konsert berskala besar dan biasanya saya akan bergandingan dengan artis-artis lain.

“Sudah beberapa tahun saya tidak muncul dalam konsert besar kerana lebih tertumpu kepada karnival dan majlis makan malam.

“Apabila ditawarkan oleh Menara Network, saya rasa ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Saya sangat teruja dan ingin membuktikan bahawa saya masih mampu berdiri sebaris dengan artis-artis hebat yang lain,” katanya.

Konsert 3 Aura anjuran Menara Network bakal berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 12 Julai ini, menampilkan tiga penyanyi popular iaitu Datuk Jamal Abdillah, Ameng Spring dan Mawi.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video

Advertisement