Skip to main content

Selebriti

Ada Yang Tanya Fungsi ‘In Ear Monitor’, Nourul Depp Pula Tak Kedekut Kongsi Ilmu - “Sebab Tu Bila Cakap Dengan Penonton Saya Buka…”

Nourul in ear monitor

Sekilas

  • Nourul Depp menjelaskan fungsi earpiece atau in-ear monitor yang digunakan penyanyi untuk mendengar campuran vokal dan muzik semasa persembahan.
  • Kualiti bunyi in-ear monitor bergantung kepada kemahiran jurutera bunyi yang mengendalikan sistem audio di pentas.
  • Perkongsian Nourul mendapat perhatian ramai di Threads, dan dia baru sahaja mengadakan konsert solo di Zepp Kuala Lumpur.

Penyanyi, Nourul Depp tampil menjawab persoalan seorang individu yang meluahkan rasa ingin tahu mengenai fungsi earpiece atau in ear monitor yang dipakai oleh penyanyi ketika membuat persembahan di pentas.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Nourul menjelaskan kebiasaannya penyanyi akan mendengar campuran vokal dan muzik yang telah diselaraskan bagi memastikan persembahan berjalan lancar.

“Salam. Dengar semua. Kecuali ambience penonton. Puas lah vocal. Kita dan muzik level indah. Kasi mood nyanyi best,” kongsinya.

Dalam pada itu, Nourul juga menjelaskan kualiti bunyi yang diterima menerusi in-ear monitor banyak bergantung kepada kemahiran jurutera bunyi yang mengendalikan sistem audio ketika persembahan berlangsung.

“Bergantung kepada jurutera bunyi juga ya. Jadi sebab itu bila saya cakap dengan penonton saya bukak supaya dapat mendengar suara dan reaksi mereka. Sangat membantu in ear monitor tu,” jelasnya.

Perkongsian Nourul itu ternyata mendapat perhatian warga Threads yang rata-ratanya mengakui baru mengetahui fungsi sebenar in-ear monitor berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Nourul baru sahaja selesai dengan konsert solo, Konsert For You Nourul yang barlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement