Skip to main content

Hiburan

Adakah Sejarah Bakal Berulang? Siti Nurhaliza Gegar Stadium Nasional Bukit Jalil Awal Tahun 2026

Siti Nurhaliza

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bakal mengadakan konsert solonya pada awal tahun 2026.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Siti mendedahkan bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil telah dipilih sebagai lokasi konsert yang akan menjadi saksi perjalanan seninya selama lebih tiga dekad.

Advertisement

“Di sinilah destinasi seterusnya untuk sejarah Legacy 30 Siti Nurhaliza,” tulisnya. 

Penyanyi lagu Menamakanmu Cinta itu turut meminta peminat agar menantikan pengumuman penuh mengenai konsert berkenaan yang akan dibuat pada keesokan hari.

“Nantikan pengumuman selanjutnya esok!,” tambahnya. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan detik bersejarah tersebut. 

Lebih istimewa, tarikh konsert berkenaan dikatakan sangat hampir dengan hari lahir penyanyi nombor satu negara itu.

“Mesti 12 malam tu sambut birthday Siti kannn.

“Celebrate Besday tok ti sekali..Malam Esok nye 11.01.

“YASHH sejarah akan tercipta, so megaa.

“Sehari lepas concert bday Toktiii.

“Tak sabarrrrrr 😱.

“AYUHH SEMUAAAA.

“Kali ni mmg kena battle ticket sampai dapattttt,” komen netizen.

Terdahulu, Siti mula memberi beberapa banyangan bakal menganjurkan konsert solonya dengan berkongsi hantaran busana yang pernah digayakan serta lokasi konsertnya dianjurkan. 

Must-Watch Video

Advertisement