Sekilas
- Adam Corrie menasihatkan orang ramai supaya tidak cepat menghukum atau memberi komen negatif apabila sesuatu isu tular di media sosial.
- Pelakon filem KL Gangster itu mengingatkan supaya ambil masa untuk fahami cerita sebenar sebelum membuat sebarang andaian.
- Perkongsian Adam di Threads mendapat sokongan ramai yang bersetuju dengan nasihatnya agar lebih berhati-hati sebelum mengulas sesuatu isu.
Pelakon, Adam Corrie menasihatkan orang ramai untuk tidak terburu-buru memberikan komen atau menghukum seseorang apabila sesuatu isu negatif tular di media sosial.
Menerusi Threads, pelakon filem KL Gamsgter ini berpendapat bahawa orang ramai sepatutnya mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian mahupun meninggalkan sebarang komen.
Ujar Adam, tindakan terlalu cepat memberikan komen terhadap sesuatu isu boleh menyebabkan seseorang itu menilai dan menghukum tanpa mengetahui cerita sebenar.
“Nasihat untuk diri sendiri. Kalau ada perkara negatif tengah viral.
“Jangan pantas sangat jari jemari ini nak komen-komen. Sebab kita tak tahu hujung pangkal cerita.
“Tak pasal-pasal kita yang berdosa,” tulisnya.
Perkongsian itu kemudiannya meraih komen orang ramai yang bersetuju dengan pendapat Adam.
Sumber: Threads