Sekilas
- Adam Mohd Muhayeddin berkongsi pengalaman menjadi pengapit pengantin lelaki di majlis resepsi Syed Saddiq dan Bella Astillah yang dihadiri lebih 10,000 tetamu di Muar, Johor.
- Adam kagum melihat pasangan pengantin itu kekal senyum meskipun dikelilingi ramai orang dan mengakui pengalaman bersesak di majlis perkahwinan itu sesuatu yang baru baginya.
- Majlis bertemakan kenduri rakyat itu turut dihadiri tetamu dari pelbagai lokasi termasuk Singapura, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan, selepas pasangan itu disatukan pada 10 Oktober di Kuala Lumpur.
Rakan baik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Adam Mohd Muhayeddin berkongsi pengalaman sewaktu menjalankan tugas sebagai pengapit pengantin lelaki ketika majlis resepsi bertemakan ‘kenduri rakyat’ yang berlangsung di Muar, Johor baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Threads, Adam berkongsi sikap serta keperibadian Ahli Parlimen Muar itu bersama isterinya, Bella Astillah.
Menurut Adam, dia mengakui berasa kagum melihat pasangan pengantin itu masih mampu mengekalkan senyuman meskipun dikelilingi orang ramai sepanjang majlis resepsi yang dihadiri lebih 10,000 rakyat.
Malah kata Adam, pengalaman bersesak-sesak di majlis perkahwinan itu juga merupakan sesuatu yang baharu buat dirinya.
“Satu benda je lah aku nak ‘belajar’ dari Saddiq dan Bella. Macam mana dia boleh maintain muka dan senyum tu.
“Aku ni dah macam-macam rupa. Selalu bersesak dekat program politik je. Ni first time bersesak kat wedding.
“Bayangkan from Pengapit Pengantin bertukar jadi bodyguard pengantin! Haha,” kongsinya.

Untuk info, lebih 10,000 tetamu hadir memeriahkan majlis resepsi pasangan pengantin baharu, Syed Saddiq dan Bella Astillah yang berlangsung di Muar, Johor pada Ahad.
Majlis yang bertemakan kenduri rakyat itu bukan sahaja menghimpunkan penduduk setempat, malah turut menerima kehadiran tetamu dari pelbagai lokasi termasuk Singapura, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.