Pelakon, Adam Lee memaklumkan dia tidak mempunyai masalah bersama dengan sepupunya yang juga merupakan pelakon, Janna Nick.
Menurut Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 31, mereka jarang berhubung disebabkan komitmen kerja masing-masing.
Advertisement
“Boleh tanya dia sendiri. Saya tidak ada masalah dengan dia. Untuk saya, tak ada masalah. Dia ada suami, saya ada isteri.
“Kami cuma sudah lama tak berhubung, masing-masing sibuk. Kalau jumpa kami bertegur sahaja. Masing-masing ada komitmen sendiri, ada benda nak kena buat,” katanya.
Adam memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa Pengumuman Top 5 Festival Filem Malaysia pada Isnin.
Dalam pada itu, Adam juga turut menafikan dakwaan yang mengatakan dia lupa diri selepas namanya semakin dikenali disebabkan Janna Nick.
“Tak baik cakap macam tu. Bagi saya tiada istilah seperti itu sebab saya rasa selama dalam dunia lakonan, kami tidak pernah berlakon sekali dan dia pun tidak pernah bantu dalam lakonan saya.
“Boleh tanya Janna sendiri, saya pun tidak ada masalah dengan dia,” ujarnya.
Untuk info, Adam menjawab mengenai perkara itu susulan dakwaan kononnya hubungan persaudaraan dengan Janna dikatakan semakin renggang.