Skip to main content

Hiburan

‘Adek Saye Abe Sore’ Tular Di TikTok, Den Manjo Syukur Rezeki Terus Murah - “Susah Juga…Banyak Lagu Loghat Kelantan Tak Semua Boleh Masuk FYP”

Astro Gempak 247

Sekilas

  • Den Manjo dan Eda Ezrin berjaya mencipta fenomena dengan single duet terbaru mereka, Adek Saye Abe Sore, yang tular di TikTok dan mendapat sambutan hangat di seluruh Malaysia.
  • Den mengakui jadual kerja yang padat dan keletihan berbaloi kerana rezeki dan kejayaan lagu-lagu dialek Kelantan mereka mendapat perhatian luas, termasuk lagu Bea Soba Bea yang meraih jutaan tontonan dan anugerah.
  • Den dan Eda akan menghiburkan peminat dalam Konsert Kelate Ke KL 2026 pada 29 Ogos di Zepp Kuala Lumpur, bersama beberapa artis lain seperti Rosalinda dan Man Khan.
Advertisement

Penyanyi dialek Kelantan, Den Manjo meluahkan rasa syukur apabila single duet terbaharunya bersama Eda Ezrin berjudul Adek Saye Abe Sore mencipta fenomena tersendiri selepas tular di pelbagai platform termasuk TikTok.

Den atau nama sebenarnya Mohamad Hafizzudin Md. Yusof berkata, sambutan luar biasa yang diterima lagu tersebut disifatkan sebagai rezeki buat seluruh pasukan yang terlibat dalam penghasilannya.

“Apabila kami tampil dengan single baharu berjudul Adek Saye Abe Sore dan pada masa sama lagu itu turut memasuki senarai For You Page (FYP) di TikTok, saya anggap itu juga satu rezeki.

“Rezeki bukan sahaja untuk saya dan Eda, malah untuk komposer, Eddie Hamid serta seluruh pasukan.

“Saya sangat bangga kerana sekali lagi lagu kami menjadi tular dan boleh dikatakan mencipta fenomena, bukan sahaja di Kelantan tetapi juga di seluruh Malaysia,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Kelate Ke KL 2026 di Kuala Lumpur pada Rabu. 

Mengulas jadual kerjanya yang padat sehingga perlu berulang-alik antara Kelantan dan Kuala Lumpur, Den mengakui keletihan itu berbaloi apabila melihat hasil usaha mereka mendapat sambutan hangat.

“Kalau hendak cakap penat, memang penat. Sebenarnya sebelum lagu Bea Soba Bea menjadi fenomena di seluruh Malaysia, saya dan Eda sudah pun dikenali menerusi lagu Adik Janda Abang Duda.

“Jadi, soal penat itu memang tak dapat dinafikan, tetapi ia menggembirakan. Sebelum ini kami tak pernah bekerja sampai ke tahap seperti ini.

“Walaupun penat, kami tetap seronok. Memang berbaloi kerana inilah rezeki yang Allah berikan,” ujarnya.

Ditanya mengenai rahsia kejayaan lagu-lagu nyanyiannya yang sering tular, Den percaya faktor rezeki dan tuah memainkan peranan paling besar selain melodi dan lirik yang mampu menarik perhatian pendengar.

“Hendak kata mudah memang tidak. Agak susah juga kerana banyak lagu dialek Kelantan yang sudah dikeluarkan, tetapi tidak semuanya berjaya memasuki FYP.

“Mungkin orang panggil keserasian, tetapi bagi saya yang paling utama ialah rezeki. Selain itu, faktor melodi dan kesesuaian lirik yang ditulis juga memainkan peranan.

“Apabila melodi dan lirik saling melengkapi, barulah sesebuah lagu itu benar-benar menjadi,” katanya.

Terdahulu, lagu Cinta Setandan Pisang atau lebih dikenali sebagai Bea Soba Bea yang dilancarkan pada Disember 2023 turut mencetuskan fenomena apabila meraih lebih 36 juta tontonan di YouTube serta dinobatkan sebagai Lagu Etnik Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24 tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Den bersama Eda Ezrin bakal menghiburkan peminat menerusi Konsert Kelate Ke KL 2026 yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Ogos depan. Konsert anjuran Natriya Enterprise dengan kerjasama IRAMA Entertainment dan Ikarl Project itu turut menampilkan Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Fendi Kenali dan Aris Kapilla.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must Watch Video

Advertisement