Skip to main content

Hiburan

Adidas Mohon Maaf Susulan Fenomena But ‘Merah Jambu’ Di Piala Dunia - “Tiada Siapa Yang…”

Piasa Dunia 2026

Sekilas

  • Adidas memohon maaf selepas fenomena kasut merah jambu yang dipakai ramai pemain semasa Piala Dunia menjadi perhatian.
  • CEO Adidas, Bjorn Gulden, menjelaskan warna sama digunakan secara kebetulan oleh beberapa jenama sukan lain tanpa pengetahuan mereka.
  • Situasi ini dianggap memalukan kerana ia mengaburkan identiti jenama di pentas besar seperti Piala Dunia.
Advertisement

Jenama barangan sukan terkenal, Adidas tampil memohon maaf susulan fenomena but berwarna merah jambu yang dipakai kebanyakkan pemain sepanjang kejohanan Piala Dunia yang lalu.

Menurut Bjorn Gulden selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Adidas, perkara tersebut berlaku secara kebetulan selepas warna sama turut menjadi pilihan beberapa jenama sukan lain.

Advertisement

Menurutnya, situasi itu agak mengejutkan kerana kebiasaannya setiap jenama mempunyai rekaan dan pilihan warna tersendiri apabila melancarkan koleksi baharu.

“Ini hanyalah satu kebetulan dan saya harap ia tidak akan berlaku lagi.

“Merah jambu ialah warna yang bagus, tiada keraguan mengenainya. Tetapi apabila semua orang menggunakan warna yang sama, ia menjadi sesuatu yang pelik,” katanya.

Tambahnya lagi, pengeluar but bola sepak biasanya tidak mengetahui pilihan warna yang bakal digunakan oleh pesaing sebelum koleksi masing-masing dilancarkan.

“Kami tiada maklumat mengenai apa yang dilakukan Nike, Puma atau New Balance. Malah, peruncit juga tidak memberitahu kami perkara itu.

“Biasanya peruncit akan beritahu, ‘Tunggu dulu, kamu semua gunakan warna yang sama’. Tetapi kali ini kami tidak dengar apa-apa,” ujarnya.

Tambah Gulden, perkara itu sedikit memalukan pihaknya kerana ia menyebabkan identiti setiap jenama kelihatan kurang menyerlah di pentas berprestij seperti Piala Dunia.

“Tiada siapa yang sukakan keadaan ini,” katanya lagi.

Sumber: The Straits Times

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement