Skip to main content

Hiburan

Adik Ipar Dakwa Prince Syed Pernah Minta RM20,000 Untuk ‘Downpayment’ Kereta - “Ada Statement Bank…"

Adik ipar Prince Syed

Adik ipar kepada usahawan sensasi Prince Syed yang dikenali sebagai Iekyhwan tampil mendedahkan suami kakaknya itu pernah meminta wang RM20,000 untuk dijadikan bayaran muka kereta. 

 

Advertisement

Menafikan pernah mengambil wang daripada Syed, Iekyhwan menerusi siaran live di TikTok bagaimanapun memberitahu abang iparnya sudah selesai membayar semula RM20,000 tersebut. 

 

“Yang dia mengatakan kami (saya) ambil duit dia itu, macam mana hang (kau) beli X70 tu minta dekat aku RM20,000. Betul tak? Ada statement bank. 

 

“RM20,000 kau ambil duit aku macam mana, bukan RM2,000. RM20,000 downpayment. Tapi dah bayar habis dah, tiga tahun dah. Saya tak nafikan memang dia bayar habis,” katanya. 

 

Malah Iekyhwan turut mendedahkan Syed juga pernah menggunakan isteri, Fatin Syazwani meminta wang daripadanya untuk memulakan perniagaan menjual laksa. 

 

“Dia nak memulakan perniagaan laksa dia, yang mulanya minta duit saya juga. Minta modal duit saya juga, RM10,000, RM5,000. Dia tak minta, dia suruh Fatin minta. 

 

“Dia tak nak nampak keburukannya, jatuh standard tu. Yang dia duk kata kami minta duit dia, macam mana. Hampa jangka apa. Duk cerita dekat staf dia itu ini,” ujarnya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Iekyhwan turut meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Syed yang sanggup memasukkan ibu mentua sendiri ke dalam lokap. 

 

“Yang kes tangkap ni, kalau buat saya dengan abang saya tak apa dah. Ni tak, dia sanggup letak mak saya, mak mentua dia tu dalam lokap.

 

“Mak mentua pun ada emas keliling, tapi tak pakai sebab tak menunjuk. Semua emas betul, beli RM3,000 tolak RM14,000. Dia beli emas RM1 juta wayang saja. 

 

“Kedai emas suruh buat reviu. Dia pun ambil kesempatan konon isteri dapat emas RM1 juta. Masuk la semua media,” ujarnya. 

Must-Watch Video

Advertisement