Skip to main content

Hiburan

Adik Ipar Dakwa Prince Syed Pernah Naik Tangan Terhadap Isteri - “Fatin Pernah Terlepas Cakap Dekat Mak Suami Dia Tumbuk”

uhuh

Adik ipar kepada pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed iaitu Muhd Ikhwan Alif, 22, mendakwa abang iparnya itu pernah memukul kakaknya, Fatin Syazwani, berdasarkan pengakuan yang pernah dibuat oleh wanita berkenaan kepada ibu mereka.

Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Muhd Ikhwan mendedahkan perkara tersebut ketika menjawab pertanyaan warganet berhubung hubungan pasangan itu.

Advertisement

“Dia ada pukul Fatin ke? Ok… Fatin ada terlepas cakap dekat mak masa kami tengah bergaduh. Dia (Fatin) terlepas cakap yang suami dia penumbuk dia.

“Mak pun terkejut sampai cakap, ‘Aku selama ni pun tak pernah pukul anak aku.’ Dari situ kami baru tahu dia (Prince Syed) pernah buat macam tu pada Fatin,” dakwanya.

Menurut Ikhwan lagi, dia tidak mempunyai sebarang bukti berbentuk rakaman atau gambar, namun mendakwa mempunyai saksi yang mengetahui kejadian tersebut.

Sebelum ini, ibu mentua kepada Prince Syed turut mendakwa menantunya itu telah melarikan anak perempuannya dan menghalang keluarga daripada berjumpa.

Dalam video lain yang tular di media sosial, wanita terbabit turut mendakwa anaknya kini dalam keadaan tidak sihat selepas menjalani prosedur bariatrik (pembedahan perut) yang dikatakan dilakukan atas desakan menantunya.

Beberapa hantaran lain di media sosial turut mendakwa Fatin mengalami komplikasi kesihatan serius termasuk dehidrasi teruk dan hampir lumpuh sebelum dibawa ke Hospital UiTM Puncak Alam.

Bagaimanapun, Prince Syed menafikan semua tuduhan tersebut, malah isterinya sendiri, Fatin Syazwani, tampil menjelaskan bahawa suaminya tidak pernah memaksanya menjalani prosedur berkenaan semata-mata untuk menjual produk pelangsingan seperti yang tersebar di media sosial.

Difahamkan, Muhd Ikhwan Alif merupakan salah seorang daripada empat individu yang pernah ditahan polis sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung insiden perselisihan faham dengan Prince Syed.

Turut ditahan ialah ibu mereka, Aminah Haniffa, 55, bapa, Ishak Saif, 59; serta abang, Muhd Syahmi Faiz, 31.

Bagaimanapun, kesemua mereka telah dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan kira-kira jam 7 malam semalam.

Must-Watch Video

Advertisement