Adik ipar kepada pempengaruh dan usahawan sensasi Prince Syed, iaitu Muhd Ikhwan Alif, mendakwa abang iparnya itu memaksa kakaknya, Fatin Syazwani, untuk memakai pakaian pelik-pelik atas kehendaknya sendiri.
Dakwaan itu dibuat menerusi satu rakaman siaran langsung di TikTok, apabila Ikhwan tampil menjawab soalan berkenaan selepas ditanya oleh seorang netizen.
Advertisement
“Fatin kena paksa ke pakai baju pelik-pelik? Hmm… kena paksa pergi kubur pun pakai baju macam tu. Kena paksa.
“Korang tahu la macam mana, memang kena paksa semua. 100 peratus saya jamin. Wallahi memang dia kena paksa,” katanya dalam siaran langsung tersebut.
Sebelum ini, Prince Syed dan isterinya, Fatin Syazwani, pernah mencuri perhatian apabila memilih tema Barbie untuk sambutan Hari Raya.
Lebih mencuri tumpuan, pasangan itu turut melawat kubur dengan berpakaian tema sama, sekali gus menimbulkan perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial.
Setakat ini, Prince Syed belum memberikan sebarang kenyataan balas berhubung dakwaan dibuat oleh adik iparnya itu.
Terdahulu ini, ibu mentua kepada Prince Syed turut mendakwa menantunya itu telah melarikan anak perempuannya dan menghalang keluarga daripada berjumpa.
Dalam video lain yang tular di media sosial, wanita terbabit turut mendakwa anaknya kini dalam keadaan tidak sihat selepas menjalani prosedur bariatrik (pembedahan perut) yang dikatakan dilakukan atas desakan menantunya.
Bagaimanapun, Prince Syed menafikan semua tuduhan tersebut, malah isterinya sendiri, Fatin Syazwani, tampil menjelaskan bahawa suaminya tidak pernah memaksanya menjalani prosedur berkenaan semata-mata untuk menjual produk pelangsingan seperti yang tersebar di media sosial.
Difahamkan, Muhd Ikhwan Alif merupakan salah seorang daripada empat individu yang pernah ditahan polis sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung insiden perselisihan faham dengan Prince Syed.
Bagaimanapun, kesemua mereka telah dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.