Sekilas
- Aeril Zafrel berkongsi bahawa dia hanya membelanjakan RM5,500 untuk perkahwinannya dengan Wawa Zainal lebih sedekad lalu.
- Perbelanjaan tersebut termasuk RM5,000 untuk hantaran dan RM500 untuk doa selamat.
- Perkahwinan mereka yang sederhana tetap bahagia dan dikurniakan empat cahaya mata sejak 2013.
Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel berkongsi perbelanjaan yang dikeluarkannya ketika melangsungkan perkahwinan bersama isteri yang juga pelakon, Wawa Zainal lebih sedekad yang lalu.
Menerusi ciapan di Threads, Aeril atau nama lengkapnya Suhairil Sunari memaklumkan bahawa dia hanya membelanjakan wang berjumlah RM5,500 untuk perkahwinannya.
“RM 5,000 untuk hantaran. RM500 untuk doa selamat,” kongsinya.
Aeril memberi respon tersebut terhadap ciapan dibuat seorang individu mengenai kos perbelanjaan kahwin.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian wargamaya yang meluahkan rasa kagum dengan Aeril yang hanya bersederhana dalam perbelanjaan kahwin namun rumah tangganya bersama isteri kekal utuh dan bahagia hingga hari ini.
“Terbaik Aeril.
“Bukti kahwin simple je tapi tengok sekarang elok je hidup sama sampai dah kaya raya diaorang.
“Orang macam Wawa pun steady hantaran rm5k padahal boleh demand lebih,” komen netizen.
Untuk rekod, Aeril mendirikan rumah tangga bersama Wawa pada tahun 2013 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Sofia dan Muhammad Fahri.
Sumber: Threads