Skip to main content

Viral

Aeril Zafrel Pesan Artis Baharu Hormat Waktu Orang Lain, On Time Datang Set - "Mungkin Ada Yang 'Ikut Kepala' Sendiri"

Astro Gempak aeril

Sekilas

  • Aeril Zafrel menasihatkan pelakon supaya menghormati masa orang lain terutama ketika di lokasi penggambaran dan mengakui sikap lewat hadir boleh menyusahkan kru produksi.
  • Aeril sedang menunggu peluang untuk bekerjasama dengan pengarah terkenal Erma Fatima yang tertangguh beberapa kali kerana jadual penggambaran.
  • Pelakon yang aktif sejak 2006 ini pernah membintangi pelbagai filem popular dan masih setia menunggu peluang berlakon bersama Erma Fatima.
Advertisement

Pelakon Aeril Zafrel mengingatkan segelintir pelakon supaya menghormati masa orang lain, terutama ketika berada di lokasi penggambaran.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, berkata sikap lewat hadir ke set bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan ramai pihak yang bekerja di belakang tabir.

Advertisement

Menurutnya, dia sendiri tidak menafikan pernah lewat sebelum ini, namun perkara itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak menghargai masa orang lain.

"Sebenarnya nak komen pun, kadang-kadang kita juga pernah datang lambat. Cuma, apa yang boleh saya nasihatkan hormati waktu orang lain sahaja.

"Lambat 15 minit tidak apa. Tapi artis sekarang tidak macam dulu lagi, artis sekarang dia ada 'ikut kepala' dia.

"Kadang-kadang tak tahulah, mungkin 'kau nak ambil aku, nak ambillah, tapi tak nak pun tak apa," katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun, Aeril memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai isu tersebut kerana situasi berkenaan memang berlaku dalam industri seni.

Sebelum ini, seorang pelakon senior turut meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pelakon baharu yang didakwa sering datang lewat ke set penggambaran sehingga menyebabkan kru produksi terpaksa menunggu lama.

Dalam perkembangan lain, Aeril turut berkongsi mengenai perjalanan kerjaya lakonannya yang kini masih menunggu peluang bekerjasama dengan pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima.

Menurutnya, tawaran tersebut sebenarnya sudah lama diperkatakan namun tertangguh beberapa kali kerana faktor jadual penggambaran.

"Saya kalau ikutkan sebelum ini ada tawaran berlakon dengan kak Erma, tapi biasalah kadang-kadang dia (Erma) tangguhkan dan tangguhkan, jadi saya masih menunggu.

"Sebab, dari tahun lepas lagi kami sudah berjanji. Tetapi, dia (Erma) ada juga beritahu 'shooting' mungkin (mula) selepas hari raya Aidilfitri.

"Tapi, saya pun sebenarnya tidak terima juga mana-mana 'shooting' yang lain sebab mahu melunaskan dulu janji kerana sudah lama dibuat." katanya.

Suami kepada Wawa Zainal itu berkata dia masih berpegang kepada janji untuk bekerjasama dengan Erma sehingga peluang tersebut menjadi kenyataan.

Untuk rekod, Aeril mula aktif dalam bidang lakonan sejak tahun 2006 dan pernah membintangi pelbagai filem antaranya Aku Tak Bodoh, Cinta Kura-Kura, 7 Petala Cinta, Budak Pailang, 99 Kali Rindu, Laknat dan Klepet.

Anda mungkin berminat dengan

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

Seluar cargo heavy duty six Pocket’s tali pingang (zip)Tactical pants hiking pant Kain Tebal Cargo Pant Multi Pocket

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

KGT CARGO Bamboo Slack P2 Cargo Bertali Baggy Cutting Scuba 4 POCKETS Ladies Cargo Slack Pants 1936

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

Must Watch Video

Advertisement