Skip to main content

Hiburan

Afdlin Shauki Kekal Terajui FDAM Bagi Penggal 2026-2027

Astrogempak AFLIN

Sekilas

  • Dato' Afdlin Shauki kekal sebagai Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) untuk sesi 2026-2027 selepas menang tanpa bertanding pada AGM di FINAS.
  • Mesyuarat turut memilih barisan kepimpinan baru termasuk Faizal Ariff sebagai Timbalan Pengerusi dan beberapa ahli majlis kerja bagi memperkukuh peranan FDAM.
  • Fokus utama kepimpinan baharu adalah memperkukuh kesepakatan pengarah dari pelbagai latar belakang serta meneroka platform tayangan kedua untuk menjana ekonomi karya tempatan.

Pengarah, pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Afdlin Shauki kekal menerajui Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) bagi sesi 2026-2027 selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan itu yang berlangsung di Pawagam Mini P.Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), hari ini.

Kemenangan tanpa bertanding itu mencerminkan keyakinan serta sokongan berterusan ahli-ahli FDAM terhadap kepimpinan beliau dalam menerajui persatuan serta memperjuangkan kepentingan para pengarah filem negara.

Pada AGM berkenaan, Faizal Ariff dipilih sebagai Timbalan Pengerusi, manakala Saiful Azmi Jamsari dipilih sebagai Ketua Sekreteriat  dan Amelia Nasser sebagai Penolong Ketua Sekreteriat . Jawatan Bendahari pula disandang oleh Don Hoe, sementara Yuwaji dipilih sebagai Timbalan Bendahari.

Selain itu, Terry Chan, Ramdan Che Hassan, Eoon Shuhaini, Eyra Rahman dan Opie Zami masing-masing dipilih sebagai Ahli Majlis Kerja bagi sesi 2026-2027.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Datuk Jurey Latiff Mohd Rosli yang dilantik oleh ahli sebagai Pengerusi Mesyuarat bagi mengendalikan perjalanan AGM mengikut peruntukan perlembagaan persatuan.

Dalam reaksinya, Afdlin menyifatkan mandat yang diberikan sebagai satu amanah besar untuk terus memperkukuhkan peranan FDAM sebagai suara utama pengarah filem di Malaysia.

Beliau berkata antara fokus utama kepimpinan baharu adalah memperkukuhkan kesepakatan dalam kalangan pengarah, tanpa mengira latar belakang, genre mahupun pengalaman.

Menurutnya, FDAM juga akan memberi perhatian untuk menarik lebih ramai pengarah berbangsa Cina dan India menyertai serta memainkan peranan lebih aktif dalam persatuan bagi memastikan FDAM benar-benar mewakili kepelbagaian industri perfileman negara.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan penjanaan ekonomi baharu melalui penerokaan platform kedua tayangan atau secondary exploitation platform bagi membolehkan karya tempatan terus menjana pendapatan selepas tayangan utama.

"Sudah tiba masanya kita melihat karya bukan hanya sebagai produk untuk tayangan pertama semata-mata, tetapi sebagai aset intelektual yang mempunyai nilai ekonomi jangka panjang melalui pelbagai platform tayangan," katanya.

AGM itu turut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, yang dalam ucapannya menyeru ahli-ahli FDAM agar terus mengekalkan semangat perpaduan dan profesionalisme demi memastikan persatuan terus relevan serta mampu memacu pembangunan industri kreatif negara.

Majlis pembukaan AGM dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh pengarah dan penyanyi, Mawi atau Asmawi Ani, sebagai tanda kesyukuran dan memohon keberkatan bagi perjalanan mesyuarat serta kepimpinan baharu yang dipilih.

AGM kali ini turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli Majlis Kerja, Jawatankuasa Biro dan Ahli Lembaga Tatatertib sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka sepanjang sesi pentadbiran terdahulu.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement