Sekilas
- Afiq Sky dari kumpulan ALPHA menghadiahkan buah tangan kepada juri Big Stage ALPHA, Datuk Syafinaz Selamat, sebagai tanda penghargaan atas sokongan beliau.
- Syafinaz memuji usaha keras Afiq yang layak diselamatkan daripada penyingkiran dalam pertandingan tahun lalu.
- Momen tersebut mendapat reaksi positif daripada peminat yang tersentuh dengan hubungan erat antara Afiq dan Syafinaz.
Ahli kumpulan ALPHA, Afiq Sky mencuri perhatian peminat selepas menghadiahkan buah tangan kepada juri tetap Big Stage ALPHA (BSA), Datuk Syafinaz Selamat sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sokongan yang pernah diberikan kepadanya.
Buah tangan tersebut diberikan sebagai tanda terima kasih kepada Syafinaz yang pernah menyelamatkan Afiq daripada penyingkiran ketika menyertai program BSA pada tahun lalu.
“Ini adalah tanda penghargaan daripada saya. Terima kasih, Cikgu,” katanya.
Sementara itu, Syafinaz menyifatkan Afiq sebagai seorang yang sememangnya layak diselamatkan kerana dia dapat melihat usaha dan kerja keras Afiq dalam pertandingan tersebut.
“Awak layak untuk dapatkannya sebab awak bekerja keras,” balas Syafinaz.
Momen tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-rata tersentuh melihat momen tersebut.
“So cute and sweetttt 🤍🥺
“Sky still has the pic of ‘Imuniti X’ as his lock screen. He really appreciates it. Thank you Tok Naz.
“Sky so sweet. Datuk Syafinaz has been very supportive too. Asal rasa sebak ni? Touching moment lah.”
“Sky pandai menghargai. Jika Tok Naz jadi coach tetap ALPHA, insya-Allah boleh go global nanti in terms of great vocal harmonizing," komen netizen.