Skip to main content

Hiburan

Agent Kim Reactivated ‘Meletup’, So Ji Sub Hadiahi 300 Pelakon & Kru Jongkong Emas

So Ji Sub nampaknya bukan sekadar menarik perhatian peminat menerusi watak Kim dalam Agent Kim Reactivated yang menjadi salah satu siri Korea Selatan paling laris di Netflix.

Sekilas

  • So Ji Sub menghadiahkan jongkong emas kepada pelakon dan kira-kira 300 kru produksi sebagai tanda penghargaan selepas kejayaan drama Agent Kim Reactivated yang mencatat rating nasional 23.0 peratus.
  • Hadiah emas itu disertakan dengan nota penghargaan dan merupakan tradisi Sub setiap kali memegang watak utama sebagai tanda terima kasih atas usaha pasukan produksi.
  • Sub juga akan menyertai percutian ganjaran bersama pelakon dan kru ke Guam untuk meraikan kejayaan drama tersebut.
Advertisement

So Ji Sub nampaknya bukan sekadar menarik perhatian peminat menerusi watak Kim dalam Agent Kim Reactivated yang menjadi salah satu siri Korea Selatan paling laris di Netflix.

Sebaliknya, Sub kini menjadi bualan kerana sikap pemurah dan rendah hati meski sangat popular. AllKPop melaporkan Sub telah memberi jongkong emas kepada barisan pelakon dan kira-kira 300 kru produksi sebagai tanda penghargaan selepas drama tersebut mencatat kejayaan luar biasa.

Advertisement

Drama terbitan SBS itu melabuhkan tirainya dengan rating nasional sebanyak 23.0 peratus, sekali gus menjadi antara drama paling berjaya tahun ini. Menurut perkongsian yang tular di media sosial pada 26 Julai, aktor itu menyerahkan sendiri hadiah emas tersebut dalam kotak khas kepada setiap individu yang terlibat sepanjang penggambaran.

Lebih menyentuh hati, setiap hadiah turut disertakan dengan sekeping nota penghargaan yang berbunyi: "Bekerja dalam projek ini memberi saya kegembiraan dan inspirasi yang besar.

“Terima kasih kepada semua yang telah memberikan yang terbaik secara senyap-senyap untuk menjadikan 'Agent Kim Reactivated' bersinar."

Ini bukanlah kali pertama Sub berkongsi rezeki dengan pasukan produksinya. Tahun lalu, selepas selesai menjalani penggambaran siri Netflix Mercy for None, aktor itu turut menghadiahkan jongkong emas seberat 3.75 gram kepada setiap pelakon dan kru.

Menerusi temu bual beberapa waktu dulu, Sub mendedahkan  pemberian hadiah sudah menjadi tradisinya setiap kali memegang watak utama.

"Sejak saya mula membawa watak utama, saya memang menjadikannya satu tradisi untuk memberi hadiah. Kali ini juga saya lakukan perkara yang sama. Saya berikan hadiah kepada pelakon, pengurus dan hampir semua yang terlibat," katanya.

Menurutnya lagi, hadiah tersebut merupakan tanda penghargaan kepada seluruh pasukan yang telah bekerja keras memastikan proses penggambaran berjalan lancar.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kerana membantu kami menamatkan penggambaran dengan selamat. Tanpa mereka, saya tidak akan berada di tahap ini,” ujarnya lagi.

Sambil berseloroh, Sub berkata dia memilih emas kerana ia mempunyai nilai yang berkekalan.

Katanya: “Emas bukan sesuatu yang boleh diperoleh melalui tajaan, jadi saya menyediakannya dengan penuh keikhlasan. Saya juga mahu ia menjadi sesuatu yang boleh dijual atau digunakan sekiranya mereka menghadapi kesukaran pada masa hadapan.


Dalam perkembangan sama, Sub dilaporkan turut akan menyertai percutian ganjaran bersama pelakon dan kru produksi ke Guam bagi meraikan kejayaan drama tersebut.

Sebelum ini, SBS mengesahkan sebahagian pelakon utama serta kru produksi sedang menyelaraskan jadual bagi menjayakan percutian berskala kecil itu.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement