Skip to main content

Hiburan

Agy Meluat Dituduh Bersolek Setiap Hari - “Dah Cakap Banyak Kali, Aku Tak Pakai…”

dfvfdvdf

Sekilas

  • Penyanyi dan pempengaruh Agy menafikan dakwaan bahawa dia memakai solekan setiap hari, sebaliknya hanya ketika bekerja.
  • Agy meluahkan rasa kecewa dengan individu yang terlalu fokus pada beberapa video solekannya walhal terdapat banyak video tanpa solekan.
  • Dia menegaskan bahawa orang ramai tidak mengenalinya dengan baik dan meminta mereka berhenti membuat andaian tidak berasas.

Pempengaruh dan juga penyanyi, Agy meluahkan rasa kurang senang dengan individu yang menuduh dirinya mengenakan solekan setiap hari.

Menerusi satu perkongsian dalam sebuah thread, Agy menjelaskan bahawa dia hanya memakai solekan ketika bekerja dan bukanlah sekerap yang didakwa segelintir pihak.

“Meluatlah dengan orang yang tak habis-habis isu mekap ni. 

“Aku dah cakap banyak kali, I don’t wear makeup daily bruh! Shut the f up lah. Kau merentan sangat kenapa? Kau kenal aku pun tidak,” katanya.

fddf

Agy turut mempersoalkan tindakan individu tersebut yang hanya menumpukan perhatian kepada beberapa video dirinya bersolek sedangkan ratusan video lain menunjukkan wajahnya tanpa mekap.

“Video 2/3 yang makeup (for work) kau isu kan. Beratus video aku buat tanpa makeup? Kau tak nak komen???” ujarnya lagi.

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement