Sehari selepas ahli bina badan terkenal dan pelakon di sinema Punjabi, Varinder Singh Ghuman meninggal dunia, ahli keluarga serta sahabat terdekat melahirkan rasa tidak puas hati terhadap hospital yang melakukan prosuder terhadap bintang itu.
Ghuman dilaporkan meninggal dunia pada usia 42 tahun kerana serangan jantung selepas menerima rawatan pembedahan bahu di sebuah hospital swasta di Amritsar.
Advertisement
Namun, pihak keluarga dan rakan baiknya mendakwa telah berlaku kecuaian sehingga menyebabkan kematian Ghuman, lapor Times of India.
Mereka dilihat berkumpul dan melakukan protes di hadapan hospital sambil meminta pihak terbabit menyiarkan rakaman video termasuk sewaktu prosuder dijalankan dalam bilik bedah.
Menerusi video yang beredar, sahabat ahli bina badan itu mendesak pekerj hospital memberi rekod perubatan dan rakaman cctv kerana mendakwa terdapat lebam yang teruk pada bahagian badan Ghuman.
Sebelumnya, pihak hospital mengeluarkan kenyataan yang berbunyi: “Mangsa masuk ke bilik bedah pada pukul 3.35 petang waktu tempatan dan telah melalui prosuder pembedahan.
“Namun mangsa terkena serangan jantung dan disahkan meninggal dunia sekitar pukul 5.36 petang.”
Ghuman meraih populariti selepas menjadi ahli bina badan pertama dunia yang merupakan seorang vegetarian.
Namanya juga terkenal menerusi lakonan dalam filem seperti
Tiger 3, Roar: Tigers of the Sundarbans dan Kabaddi Once Again.