Skip to main content

Hiburan

AIA Generasi Malaysia 2026 Himpun 10,000 Rakyat Malaysia, Raikan Sedekad AIA Vitality

AIA Generasi Malaysia 2026 Himpun 10,000 Rakyat Malaysia, Raikan Sedekad AIA Vitality

Sekilas

  • Kira-kira 10,000 rakyat Malaysia dari pelbagai generasi berhimpun di Konsert AIA Generasi Malaysia 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil sempena sambutan Hari Malaysia dan ulang tahun ke-10 AIA Vitality.
  • Konsert ini menggabungkan pelbagai genre muzik dengan persembahan artis seperti Michael Wong, Ernie Zakri, 3P, Mimi Fly dan K-Town Clan untuk menyatukan masyarakat melalui muzik.
  • AIA Vitality terus memperkasakan lebih 400,000 rakyat Malaysia dengan ganjaran bagi pilihan gaya hidup sihat, sambil menekankan kesejahteraan holistik termasuk aspek fizikal, mental dan sosial.
Advertisement

Kira-Kira 10,000 rakyat Malaysia daripada pelbagai generasi berhimpun memeriahkan Konsert AIA Generasi Malaysia 2026 yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Dianjurkan bersempena sambutan Hari Malaysia, konsert tersebut turut menjadi acara istimewa bagi meraikan ulang tahun ke-10 AIA Vitality, program kesihatan dan kesejahteraan kendalian AIA Malaysia.

Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Malaysia, Heng Zee Wang berkata, penganjuran acara tersebut selari dengan usaha syarikat menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup lebih sihat dalam kehidupan seharian.

dfvg

“Kami mahu menggalakkan dan menyokong rakyat Malaysia untuk kekal sihat, mewujudkan kebiasaan yang lebih baik serta mengurus kesihatan dan kesejahteraan mereka setiap hari.

“Inilah sebab kami menyediakan AIA Vitality, program kesihatan dan kesejahteraan untuk pelanggan kami,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan acara.

Menurut Heng, sepanjang sedekad lalu, AIA Vitality telah memperkasakan lebih 400,000 rakyat Malaysia dalam perjalanan kesihatan mereka menerusi ganjaran terhadap pilihan harian yang positif.

“Menerusi AIA Vitality, kami meraikan dan memberi ganjaran bagi tindakan kecil yang membawa kepada kesihatan lebih baik sama ada menambah beberapa langkah, membuat pilihan makanan lebih sihat, tidur lebih berkualiti atau sekadar lebih aktif setiap hari,” katanya.

Dalam masa sama, Heng berkata, muzik dipilih sebagai medium utama untuk menghimpunkan masyarakat kerana mampu menghubungkan individu daripada pelbagai latar belakang dan generasi.

“Muzik menyatukan orang ramai, mencipta kenangan, mengukuhkan ikatan serta mengingatkan kita bahawa peristiwa terbaik dalam hidup ialah detik kita bersama-sama individu di sekeliling dan insan tersayang,” katanya.

Malam penuh muzik itu menyaksikan barisan artis tempatan merentas generasi dan genre termasuk Michael Wong, Ernie Zakri, 3P, Mimi Fly serta K-Town Clan menghiburkan penonton.

fv

Malam penuh muzik itu membuka tirai dengan persembahan bertenaga Mimi Fly menerusi rangkaian lagu NARA, Angkat, Superfly dan Temberang.

Pentas kemudian diteruskan oleh kumpulan hip-hop dianggotai 3 rappers, K-Town Clan dan kemudiannya trio 3P.

Ernie Zakri pula tampil memukau penonton menerusi seleksi lagu Dansa, Ku Bersuara, Aura, Sejambak Bunga serta lagu hitsnya, Masing-Masing.

dvfb

Penyanyi kelahiran Ipoh, Michael Wong menjadi antara persembahan dinanti-nantikan penonton malam tersebut dengan membawakan 約定 (Commitment), 第一次 (First Time), 掌心 (Palm), 勇氣 (Courage) dan lagu popularnya, 童話 (Fairy Tale).

Kemuncak konsert menyaksikan kesemua artis kembali ke pentas untuk mempersembahkan lagu patriotik Setia sebagai penutup.

ert

Pemilihan barisan artis berbeza latar muzik itu turut mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia selain menjadikan muzik sebagai medium menyatukan masyarakat daripada pelbagai latar belakang dan peringkat usia.

Tidak hanya meraikan muzik, penganjuran konsert berkenaan turut mengetengahkan konsep kesejahteraan holistik menerusi hubungan sosial, komuniti dan pengalaman positif dalam menjalani kehidupan lebih sihat.

Konsert AIA Generasi Malaysia 2026 menjadi manifestasi kepada aspirasi tersebut dengan menghimpunkan masyarakat dalam satu pengalaman bersama menerusi muzik, budaya serta semangat kebersamaan.

Penganjuran tersebut juga meneruskan aspirasi AIA untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan lebih sihat, lebih lama dan lebih baik menerusi pendekatan yang merangkumi aspek fizikal, mental serta hubungan sosial.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement