Sekilas
- Datuk A. Aida sanggup melabur dalam kerjaya anaknya, Azeva, kerana percaya anaknya mempunyai aura dan bakat yang unik.
- Beliau tidak kisah dengan dakwaan Azeva menggunakan 'kabel' untuk masuk industri kerana yakin kejayaan itu berdasarkan kemampuan sebenar.
- A. Aida juga mengakui tidak menonjolkan anak sulungnya, Aleesa, dalam bidang seni kerana kurang aura walaupun boleh menyanyi.
Sebagai seorang penerbit dan ahli perniagaan, Datuk A. Aida mengakui dia sanggup melabur wang terhadap individu yang mempunyai aura termasuklah anaknya sendiri iaitu Azeva.
Menurut A. Aida, dia tidak kisah jika terdapat pihak yang mengatakan Azeva dapat masuk dalam industri disebabkan ‘kabel’ memandangkan anaknya itu sememangnya mempunyai bakat.
“Saya ini seorang penerbit yang juga seorang businesswoman. Takkan kita nak melaburkan duit, dah buang macam tu untuk seseorang yang kita rasa tak ada aura.
“Bagi saya, Azeva ada aura yang tersendiri! Sebab itu saya sanggup melabur. Nak kata guna kabel, lantak la kabel, ada saya kisah? Guna duit anda ke?” kata A. Aida kepada Gempak.
A. Aida berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam gala filem Bisikan Nafsu yang diadakan di TGV cinema KLCC, baru-baru ini.
Dalam pada itu, A. Aida turut mengakui dia tidak ketengahkan anak perempuan sulungnya iaitu Aleesa dalam dunia seni biarpun boleh menyanyi disebabkan tidak mempunyai aura.
“Dulu kakak sulung Azeva, saya pernah bawa dia masuk studio untuk rakam lagu ‘Ku Tak Rela’ untuk drama bersiri saya. Dua-dua anak perempuan saya boleh menyanyi.
“Tapi bila masuk studio itu, kita dengar ‘eh macam tak cukup la tone dia’. Buat auto-tune pun rasa macam ada tak kena. Ha tak payah rakamlah.
“Maksudnya, kabel apa bendanya? Saya kalau okay, saya teruskan. Kalau tak okay, tidak. Walaupun anak sendiri. Tapi Azeva, bagi saya dia ada suara yang unik.
“Dia pun cantik, ada aura. Jadi saya melaburlah, tak kisahlah untuk anak sendiri,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Datuk A. Aida menafikan dakwaan bahawa anaknya, Azeva, menggunakan 'kabel' untuk masuk industri hiburan dan menegaskan kejayaan Azeva adalah berdasarkan bakat sebenar.
A. Aida melabur dalam kerjaya Azeva kerana percaya pada kemampuan nyanyian dan lakonan anaknya, serta berharap Azeva terus menyerlah dalam bidang seni.