Penerbit sensasi, Datuk A. Aida, 55, dilaporkan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Berita itu dimaklumkan oleh sahabat baiknya, Profesor Datuk. Dr. Mohd. Izhar Ariff menerusi satu hantaran di Instagram pada Khamis.
Advertisement
“Saya dengan rendah hati memohon agar semua sahabat sekalian mendoakan kekanda dan sahabat saya, Datuk A. Aida yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di ibu negara.
"Doakan semoga beliau cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan,” coretnya.
Gempak cuba mendapatkan kenyataan lanjut daripada Izhar namun tidak berhasil.
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan orang industri yang mendoakan agar A. Aida segera sembuh antaranya Haiza dan Liza Abdullah.