Skip to main content

Hiburan

AIM24: Abang Putri Dahlia Anggap Lagu ‘Old Love’ Nyanyian Adik Sendiri Lebih Layak Menang - “Saya Kurang Faham…”

Anak Nora

Abang kepada penyanyi muda, Putri Dahlia iaitu Iman Syakir tampil meluahkan rasa kurang faham terhadap kaedah penjurian Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).

Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, Iman mempertikaikan bagaimana lagu Hal Hebat nyanyian Ernie Zakri bersama penyanyi Indonesia, Ade Govinda dipilih untuk mengungguli anugerah Lagu Paling Tinggi Distrim sedangkan lagu ciptaan Yuji dan adiknya Putri Dahlia, Old Love, telah meraih angka luar biasa di platform digital.

Advertisement


"Saya kurang faham macam mana RIM & AIM24 mengadili lagu dengan streaming tertinggi kepada Ernie Zakri dan Ade Govinda (Hal Hebat), apabila lagu ciptaan Yuji dan Puteri Dahlia (Old Love) dah melepasi 360 juta stream di Spotify,” tulisnya.

Hantaran tersebut turut diulang siar oleh Putri Dahlia di Instagramnya. 



Dalam perkongsian sama, Iman turut memaparkan jumlah stream untuk lagu Hal Hebat. 

Bagaimanapun, lagu Hal Hebat tidak dipertandingkan dalam AIM 24. 

Sekadar info, Ernie Zakri berjaya merangkul anugerah Lagu Paling Tinggi Distrim menerusi lagu Masing-Masing bersama Ade Govinda. 

Menerusi tinjauan Gempak, lagu Masing-Masing telah mencapai lebih 500 juta stream di seluruh platform penstriman.

Malah lagu tersebut juga diiktiraf RIM sebagai pemegang rekod lagu nombor satu paling lama di Carta RIM selama 27 minggu.

Must-Watch Video

Advertisement