Penyanyi, Dayang Nurfaizah meluahkan rasa syukur selepas albumnya, Belagu II dinobatkan sebagai Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).
Menurut Dayang, kemenangan tersebut merupakan hasil usaha ramai pihak yang terbabit dalam menjayakan album berkonsepkan tradisional itu.
“Syukur Alhamdulillah, Belagu II dinobatkan sebagai Album Terbaik AIM24.
“Saya bersyukur sangat-sangat, rasa terharu dan saya ucapkan terima kasih kepada AIM dan semua yang menjayakan Belagu II terutamanya Aubrey Suwito.
Advertisement
“Terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan saya untuk kali kedua. Alhamdulillah usaha kita membuahkan hasil. Kita berjaya,” katanya.
Dayang turut menyifatkan pengiktirafan itu sebagai satu penghormatan besar dalam perjalanan seninya.
“This is such a huge honour. Congratulations to everyone involved!” ujarnya.
Sekadar info, diterbitkan pada tahun 2023, album Belagu II menampilkan lagu-lagu klasik seperti Nak Dara Rindu, Umpan Jinak Di Air Tenang, Ketipang Payung, dan banyak lagi.