Skip to main content

Hiburan

AIM24: Tak Menang Tak Apa! Elica Paujin Syukur Dapat Angkat Lagu Oh Huminodun Di Pentas Besar

Elica AIM24

Penyanyi berbakat, Elica Paujin meluahkan rasa syukur apabila lagu Oh Huminodun berjaya tersenarai dalam lima teratas kategori Lagu Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).

Menurut Elica, walaupun tidak meraih kemenangan pencapaian tersebut tetap menjadi satu kenangan manis yang akan diingatinya sampai bila-bila.

Advertisement

“Menjadi salah seorang daripada 5 yang teratas bagi kategori Lagu Etnik Terbaik merupakan satu lagi pencapaian yang saya akan ingat sampai bila-bila.Mungkin belum rezeki, tapi ketahuilah bahawa saya sangat bersyukur dapat membawa budaya yang ada di Sabah ke pentas yang lebih besar.

“Mempertaruhkan Oh Huminodun sekali lagi di anugerah berprestij di Malaysia adalah satu kebanggaan bagi saya sebagai seorang anak Sabah,” katanya.

Elica turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur serta barisan juri atas peluang yang diberikan kepadanya.

Malah Elica juga mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pendengar yang sentiasa mempercayai bakatnya di indusrtri seni. 

“Terima kasih RIM, AIM dan para juri atas peluang ini. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang dan juga para calon lain. 

“Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada semua yang telah menyokong saya dan Oh Huminodun. Sokongan tanpa henti anda amat bermakna buat saya. Insya-Allah lebih banyak lagi yang akan datang,” tambahnya. 

Terdahulu, Lagu Cinta Setandan Pisang nyanyian Den Manjo dan Eda Ezrinmencipta rekod selepas memenangi kategori Lagu Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik 24 (AIM24).

Lagu Cinta Setandan Pisang menewaskan lagu Menyantun Kasih nyanyian Siti Nordiana, Magis (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Kalam (Shiha Zikir) dan Oh Huminodun (Elica Paujin).

Must-Watch Video

Advertisement