Skip to main content

Hiburan

Ain Edruce 'Kena' Marah Dengan Rider E-Hailing Gara-Gara...

Ain Edruce 'Kena' Marah Dengan Rider E-Hailing Gara-Gara...

Sekilas

  • Ain Edruce berkongsi kekeliruan selepas dimarahi rider e-hailing kerana tidak tahu pelanggan boleh pilih jenis kenderaan untuk penghantaran barangan runcit.
  • Netizen menjelaskan pelanggan tidak boleh memilih sama ada motosikal atau kereta untuk penghantaran, kerana sistem Grab yang tentukan.
  • Rata-rata setuju rider patut hubungi pihak Grab jika pesanan tidak sesuai untuk motosikal, bukan marah pelanggan.
Advertisement

Pengacara dan pelakon, Ain Edruce berkongsi kekeliruannya selepas dimarahi oleh seorang 'rider' e-hailing selepas membeli barangan runcit menerusi aplikasi. 

Menerusi hantaran di Threads, Ain berkongsi tangkap layar perbualan dirinya dengan rider tersebut dan mempersoalkan sama ada pelanggan boleh memilih jenis kenderaan yang digunakan untuk menghantar pesanan barangan runcit, sama ada motosikal atau kereta.

Advertisement

“Tumpang tanya. Kalau guna GrabFood ni, memang boleh pilih ke nak kereta atau motor hantar barang runcit kita? Saya kena marah ni sebab saya tak tahu.

“Atau Grab yang automatik pilih motor atau kereta untuk kita? Maaf, saya tak tahu. Ikutkan hati nak marah abang ni, tapi takut memang boleh pilih. Hahaha,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman masing-masing dan mendakwa pelanggan tidak mempunyai pilihan untuk menentukan jenis kenderaan yang digunakan bagi penghantaran barangan runcit.

Advertisement

Malah, ada yang berpendapat penghantar sepatutnya menghubungi pihak Grab untuk mendapatkan bantuan sekiranya pesanan terlalu banyak atau tidak sesuai dibawa menggunakan motosikal, bukannya memarahi pelanggan.

“ Aku dah pernah kena. Kita memang tak boleh pilih. Pergi marah Grab! Dan abang tu pun tak sepatutnya marah customer sebab customer bukan boleh pilih rider kalau kita beli barang ni. Semua ikut sistem.

“Untuk semua Grab rider, bila beli barang dekat GrabMart, pengguna tak boleh pilih nak motor, kereta, helikopter atau kereta kebal. Grab yang tetapkan.

“Kalau boleh pilih, kita dah pilih siap-siap kalau tahu barang yang kita beli itu banyak. Kalau nak marah, sila marah Grab, bukan pengguna. 

“Hahaha, baru kena tadi. Beli air botol besar sembilan liter, dua botol. Grab yang aturkan motor. Tunggu sejam, alih-alih kena batal. Hapoooo,” tulis netizen. 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement