Skip to main content

Hiburan

Ain Ramli ‘Pengsan’ Dapat Tengok Nadech Kugimiya di HYROX Jakarta - “Dia Senyum Doh…”

Ain Ramli

Sekilas

  • Ain Ramli menghadiri acara sukan kecergasan HYROX di Jakarta sebagai penonton untuk menyokong rakan-rakannya.
  • Dia berpeluang bertemu personaliti Korea Selatan Hong Beom Seok dan pelakon Thailand Nadech Kugimiya di acara tersebut.
  • Ain mendapat perhatian Nadech apabila sorakannya dibalas dengan senyuman, yang mencuri tumpuan netizen di TikTok.
Advertisement

Pempengaruh Ain Ramli menyorot perhatian apabila berkongsi momen dirinya menghadiri acara sukan kecergasan, HYROX yang dianjurkan di Jakarta, Indonesia hujung minggu lalu.

Menerusi TikTok, Ain memuat naik video memaparkan dirinya yang hadir sebagai penonton bagi memberikan sokongan kepada beberapa rakannya yang menyertai acara kecergasan itu.

Advertisement

Sambil menyelam minum air, Ain turut berkongsi bahawa dia berpeluang untuk melihat sendiri personaliti dari Korea Selatan, Hong Beom Seok serta pelakon kacak Thailand, Nadech Kugimiya yang turut hadir pada acara tersebut.

Lebih mencuri perhatian apabila sorakan Ain kepada Nadech dibalas dengan senyuman daripada pelakon filem Death Whisperer 3 itu.

Momen itu membuatkan Ain ‘pengsan’ kerana tidak menyangka akan mendapat perhatian Nadech.

“Weh dia senyum doh,” Ain Ramli (sambil membuat aksi pengsan).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat Ain beruntung malah ada yang berseloroh mengatakan mereka cemburu dengan pempengaruh tersebut kerana dapat melihat sendiri pelakon kacak Thailand itu dihadapan mata.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement