Skip to main content

Selebriti

Ain Sufia Selamat Bersalin Anak Ketiga - “Tiada Istilah Mudah Bagi Ibu…”

Ain Sufia bersalin

Sekilas

  • Pelawak Ain Sufia selamat melahirkan cahaya mata ketiga, seorang bayi perempuan, pada 26 Februari 2026.
  • Ain berkongsi pengalaman kelahiran dan mengucapkan terima kasih kepada doktor serta staf hospital yang membantu sepanjang proses tersebut.
  • Ain sudah berkahwin dengan Mohd Nor Ab Mutalib sejak 2019 dan kini mempunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Pelawak Ain Sufia meluahkan rasa syukur selepas selamat melahirkan cahaya mata ketiga yang juga bayi perempuan.

Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Ain menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya pada Jumaat.

“9 Ramadan 1446 / 26.2.26. Alhamdulillah selamat melahirkan umat Nabi Muhammad, anak Ramadan, anakanda ku yang ke 3.

“Seorang lagi puteri, melalui ELC. Alhamdulillah sihat ibu anak. Dua perempuan, seorang lelaki,” kongsinya.

Dalam hantaran yang sama, Ain yang juga merupakan anggota kumpulan Awok itu juga menyifatkan proses kelahiran yang dialami oleh setiap ibu mempunyai perjuangan tersendiri.

“Tiada istilah mudah bagi ibu yang melahirkan walau dengan apa cara sekalipun jika itu yang Allah takdirkan.

“Sesungguhnya kita merancang tetapi perancangan Allah juga yang Maha Hebat. Terima kasih semua yang mendoakan yang baik-baik. Semoga Allah kurniakan kebaikan dunia akhirat buat semua yang mendoakan di hari baik bulan baik ini.

“Terima kasih Doc Rafi yang menyambut anak saya, Dr Wan pakar bius yang sentiasa ajak sama berdoa berzikir dan mengaji sepanjang dalam OT dan doc lain yang bantu, check up saya & anak. Juga buat nurses dan staff hospital,” coretnya.

Untuk info, Ain berumah tangga dengan suami, Mohd Nor Ab Mutalib pada 1 Februari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata.


Sumber: Instagram @ainsufiaa

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Must-Watch Video

Advertisement