Skip to main content

Selebriti

Aina Abdul Ikut Kata Hati, Pertemuan Tanpa Sengaja Dengan ‘Stranger’ Cetus Persembahan ‘All Out’ - “Ketika Itu Saya Sedang Menangis…”

Aina Abdul Ikut Kata Hati, Pertemuan Tanpa Sengaja Dengan ‘Stranger’ Cetus Persembahan ‘All Out’ - “Ketika Itu Saya Sedang Menangis…”

Sekilas

  • Aina Abdul mendedahkan pertemuan dengan seorang peminat yang tidak dikenali menjadi inspirasi untuk dia tampil dengan persembahan berskala besar dan unik pada AJL40.
  • Keputusan untuk ‘all out’ bukan mudah kerana melibatkan kos, tetapi nasihat peminat itu membuka mata Aina untuk ikut cara dan gaya sendiri.
  • Di AJL40, Aina menang Anugerah Persembahan Terbaik dan Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee, serta dipilih mewakili Malaysia ke Eurovision Song Contest Asia 2026.
Advertisement

Penyanyi, Aina Abdul mendedahkan pertemuannya dengan seorang peminat yang tidak dikenali menjadi antara faktor yang mendorongnya untuk tampil dengan persembahan berskala besar pada Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), Sabtu.

Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 33, pertemuan singkat secara tidak sengaja itu membuatkan dia mengubah fikiran untuk mengetengahkan konsep persembahan yang berbeza, mengikut acuan dan gaya tersendiri.

Advertisement

“Selepas beberapa perbincangan dilakukan dengan team saya, sebenarnya saya pun bertanya dengan diri sendiri juga.

“Sama ada saya patut ‘all out’ atau sebaliknya. Tapi Allah beri saya petanda itu perlahan-lahan.

“Pada awalnya apabila saya buat keputusan mahu melakukan persembahan secara biasa, ada seorang makhluk Allah ni datang beritahu yang saya patut lakukannya dengan gaya saya.

Advertisement

“Ini adalah cerita benar, saya bertemu dengan seseorang yang membuatkan saya bertukar fikiran 100 peratus,” kongsinya.

Aina berkata demikian ketika ditemui selepas persembahan AJL40 di Unifi Arena pada Sabtu.


 

Jelas Aina lagi, keputusan untuk tampil ‘all out’ pada AJL40 bukan sesuatu yang mudah kerana dia perlu mengambil kira pelbagai perkara termasuk kos yang terlibat.

“Saya jumpa dia di sebuah pusat membeli-belah dan pada ketika itu saya sedang menangis. Lelaki itu datang dekat saya dan mengatakan dia tidak tahu mengapa saya kelihatan agak tegang (tense).

“Lelaki itu beritahu saya patut buat mengikut cara sendiri dan benda itu telah membuka mata saya. Sebab saya sangat ‘down’ pada ketika itu.

“Sebab kita nak buat keputusan sama ada nak ‘all out’ atau tidak, dan benda itu juga melibatkan kos.

“Jadi saya ambil keputusan untuk mendengar kata hati dan berikan apa yang orang mahu selain apa yang sepatutnya Aina Abdul lakukan,” jelasnya.

Untuk info, malam kemuncak AJL40 menyaksikan Aina memenangi kategori Anugerah Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 selain trofi menerusi persembahan lagu Kamu.

Lebih bermakna lagi, Aina juga memenangi kategori Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee dengan hadiah wang tunai RM50,000 selain dipilih mewakili Malaysia ke pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026.

Anda mungkin berminat dengan

SSFH Pure Cotton Printed Peplum Style Short Kurti

SSFH Pure Cotton Printed Peplum Style Short Kurti

Bengkung Lilit Shapewear by Naomi (KUPE BEAUTE) Pakaian bentuk badan

Bengkung Lilit Shapewear by Naomi (KUPE BEAUTE) Pakaian bentuk badan

JEEL Chikan Palazzo - With Pockets & Drawstring & Elastic waistband | Embroidery Bottoms |

JEEL Chikan Palazzo - With Pockets & Drawstring & Elastic waistband | Embroidery Bottoms |

《Mega Deal》Cotton Bra Women Size36~44BC- Baju Dalam Wanita Soft Non Wired Bra Wireless Tiada Besi

《Mega Deal》Cotton Bra Women Size36~44BC- Baju Dalam Wanita Soft Non Wired Bra Wireless Tiada Besi

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

HAPPY2U Kasut Wanita Axel Cross Jute Sandals

HAPPY2U Kasut Wanita Axel Cross Jute Sandals

Must Watch Video

Advertisement