Penyanyi dan komposer, Aina Abdul menyifatkan pencalonannya di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) sebagai sesuatu yang sangat bermakna.
Advertisement
Jelas Aina, pencalonannya dalam Anugerah ini bukan hanya untuk dirinya tetapi juga seluruh pasukan yang berada di belakang tabir.
“Harapan saya besar semestinya kerana saya bawa seluruh kapal bersama saya. Lagu dan pencalonan itu bukan untuk saya sahaja tetapi untuk keluarga Aina Abdul Entertainment. Semoga ada sinar malam ini,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai peluang kemenangannya, pelantun lagu Terus Hidup akui apa sahaja keputusan pada malam ini dia serahkan kepada Allah SWT.
“Mesti kita ada target, mana-mana yang kita tercalon itu yang kita harapkan kemenangan, tapi di penghujungnya rezeki Allah dah tentukan,” ujarnya.
Sekadar info, Aina Abdul tercalon dalam sembilan kategori iaitu Rakaman Lagu Terbaik, Rakaman Album Terbaik, Kulit Single/Album Terbaik, Album Terbaik (dua versi) dan Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik.
Penyanyi berimej unik itu turut menerima pencalonan untuk kategori Lagu Pop Terbaik, Runut Bunyi Terbaik Filem/Drama dan Vokal Wanita Terbaik.