Skip to main content

Hiburan

Aina Abdul Sebak Bukan Kerana Kecewa Tapi...

Aina Abdul Sebak Bukan Kerana Kecewa Tapi...

Sekilas

  • Aina Abdul menangis bukan kerana kecewa kalah, tetapi terharu dengan harapan tinggi yang diletakkan oleh orang sekeliling terhadapnya di Eurovision Asia Song Contest 2026.
  • Pengalaman menyertai pertandingan itu sangat bermakna baginya, dengan latihan intensif dan bimbingan vokal daripada Tok Naz yang membantu persembahannya kekal mantap hingga hari terakhir.
  • Aina berjaya meraih tempat keempat dengan lagu "Bluest Sky," sekaligus mengharumkan nama Malaysia di pentas muzik antarabangsa tersebut.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mengalirkan air mata bukan kerana tidak dapat menerima kekalahannya di Eurovision Asia Song Contest 2026.

Menurut Aina, perasaan sebak itu hadir apabila mengenangkan sokongan dan impian ramai pihak yang mengharapkan dia mampu membawa pulang kejayaan buat Malaysia menerusi pertandingan berprestij tersebut.

Advertisement

“Nangis bukan bererti tidak menerima kekalahan, tetapi ada tangisan yang lahir bukan kerana kecewa pada diri sendiri, sebaliknya kerana terkenangkan harapan orang-orang di sekeliling yang begitu tinggi diletakkan di bahu ini.

“Berat rasanya apabila menyedari bahawa bukan hanya impian sendiri yang tidak kesampaian, tetapi turut ada harapan insan lain yang terpaksa kita bawa pulang bersama kekecewaan.

“Itulah saya, Aina Abdul,” tulisnya.

Advertisement

Bagaimanapun, pelantun lagu Sadis itu menyifatkan pengalamannya menyertai Eurovision Asia sebagai satu perjalanan yang cukup bermakna dan berbeza berbanding pengalaman seni yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Malah, dia bersyukur apabila masih diberikan tenaga untuk memberikan persembahan terbaik sehingga hari terakhir pertandingan.

“Tapi sejujurnya, saya sangat menikmati masa sepanjang berada di sini. Memang pengalaman yang sangat berbeza. Dengan jadual yang sangat padat, latihan dan raptai berkali-kali setiap hari, Alhamdulillah tenaga saya masih kekal sehingga hari terakhir.

“Kali ini saya berguru dengan Tok Naz, jadi vokal saya dijaga oleh beliau. Terima kasih cikgu atas tunjuk ajar dan ilmu yang cikgu bekalkan kepada saya setiap hari. Saya tidak pernah berasa sebebas ini dalam hidup saya, cikgu. Terima kasih!” tulisnya lagi.

Pada masa sama, Aina mengakui sangat gembira kerana dapat menterjemahkan persembahannya menerusi empat elemen yang dibawakan di pentas pertandingan.

“Air, Earth, Fire dan kini Water. Itu menandakan berakhirnya semua elemen dalam persembahan saya, bermula daripada Terus Hidup hinggalah ke Bluest Sky.

“Penceritaan memang sesuatu yang sangat menyeronokkan buat Aina. Semoga selepas ini akan ada lebih banyak lagu, cerita dan metafora,” katanya.

Terdahulu, Aina mewakili Malaysia dalam edisi sulung Eurovision Asia Song Contest 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada 14 November lalu.

Aina berjaya menduduki tempat keempat menerusi persembahan lagu Bluest Sky, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas pertandingan muzik antarabangsa itu.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement