Skip to main content

Viral

Aireena Menangis Dakwa Haqiem Stopa Kantoi Curang Kali Kedua - “Saya Dah Tak Tahan…”

ffe

Ringkasan AI

  • Aireena Sofia mendakwa suaminya, Haqiem Stopa, berlaku curang ketika dia dalam tempoh berpantang.
  • Aireena berkata dia ditinggalkan suami sejak 19 September lalu dan baru terbongkar kecurangan itu baru-baru ini.
  • Dia mendakwa individu yang dikaitkan dengan Haqiem berusia 18 tahun.
  • Aireena menangis dalam siaran langsung TikTok ketika berkongsi tekanan yang dialaminya sepanjang tempoh berpantang.
  • Aireena dan Haqiem berkahwin pada Oktober tahun lalu dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga bulan.

Pempengaruh media sosial, Aireena Sofia mendakwa suaminya yang juga pempengaruh, Haqiem Stopa berlaku curang terhadapnya ketika dirinya masih dalam tempoh berpantang.

Menurut Aireena, dia sudah lama memendam rasa sejak melahirkan anak mereka dan mendakwa ditinggalkan suami sejak 19 September lalu.

Perkara itu didedahkan Aireena menerusi satu hantaran di Threads awal pagi Ahad.

“Saya dah tak tahan. Daripada pantang sampai sekarang saya simpan.

“Satu persatu Allah tunjuk. Saya kena tinggal dalam pantang dari 19 September sehingga sekarang.

"Hari ini saya dapat tahu dia sekali lagi curang di belakang saya,” katanya.

Aireena turut mendakwa individu yang didakwa mempunyai hubungan dengan suaminya itu baru berusia 18 tahun.

“Untuk pengetahuan semua, hari ini perempuan itu baru berusia 18 tahun,” ujarnya.

dfdf

Dalam masa sama, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aireena dilihat menangis ketika menceritakan tekanan yang dialaminya.

Katanya, dia sebelum ini mengambil pendekatan berdiam diri kerana mahu menjaga nama baik suami.

“Kalau korang tengok media, banyak yang tanya saya jaga nama dia, aib dia.

Tapi sejak hari Sabtu semalam, 15/11 jam 7 pagi dapat kantoi. Saya tak buka cerita tapi orang desak saya.

“Benda ini berlaku hari ini, saya banyak menangis dalam pantang,” katanya.

Terdahulu, Aireena memilih untuk tidak mengulas mengenai status rumah tangganya yang dikatakan bergolak termasuk persoalan sama ada mereka masih tinggal sebumbung.

Untuk rekod, Aireena dan Haqiem Stopa berkahwin pada 11 Oktober tahun lalu dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia tiga bulan.

 

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement