Skip to main content

Hiburan

Aisar Khaled Dihalau Ketika Hulur Bantuan Di Bali - “Pergi Kamu, Jangan Masuk…”

Aisar Khaled

Pempengaruh, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas tampil menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Bali, Indonesia.

Bagaimanapun, kehadiran Aisar dikawasan itu kurang disenangi segelintir penduduk tempatan.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Aisar atau nama sebenarnya Aisar Khaled Kamel ditegur dengan nada tegas oleh seorang lelaki yang mendakwa kehadirannya mengganggu proses pembersihan pasca banjir.

“Pergi kamu, jangan masuk di sini. Orang sedang membuat pembersihan. Alihkan kenderaan,” tegas lelaki berkenaan.

Difahamkan, keadaan menjadi sesak akibat orang ramai yang mengerumuni Aisar untuk mendapatkan bantuan.

Walaupun berdepan detik memalukan itu, Aisar dilihat kekal tenang dan memilih untuk berundur.

Namun, dia meluahkan rasa terkilan dengan sikap individu terbabit yang dianggap tidak menghargai bantuan yang dihulurkan.

Beberapa kanak-kanak yang berada di situ dilihat cuba memujuk Aisar selain memohon maaf atas tindakan biadab penduduk tersebut.

“Maaf ya bang, terima kasih. Tiada hormat dan tidak bersyukur. Jangan risau saya okay saja,” kata Aisar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan nasib Aisar, namun tidak kurang juga yang berpendapat beliau sepatutnya lebih peka terhadap etika ketika memasuki kawasan perumahan orang lain.

Untuk rekod, pada 11 September lalu, banjir besar yang melanda Bali telah mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan nyawa dan menyebabkan kemusnahan di beberapa kawasan.

 

@johanessssbig Aidat di usir ketika memberi bantuan di Bali, postingan penuh tuaian pro dan kontra , kalo kalian kontra apa pro ? Sabar aisar #aisar #aisardiusir #aisardibali #fypaisarkhaledd ♬ Tanda - Yura Yunita

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement