Skip to main content

Hiburan

Aisha Retno Minta Netizen Henti Hakimi Nadeera, Jangan Jadikan Threads Toksik - “Semua Artis Anda Bidas, Cemuh…”

Aisha Retno
Advertisement

Penyanyi Aisha Retno menegur tindakan seorang wargamaya di Threads yang didakwa menyindir rakan seperjuangannya dalam industri muzik iaitu Nadeera.

 

Advertisement

Teguran itu dibuat selepas individu berkenaan memuat naik semula video persembahan Nadeera sambil menyentuh mengenai tindakan penyanyi terbabit yang sering menghulurkan mikrofon kepada peminat.

 

“Nadeera menghulur mikrofon seperti biasanya,” tulis individu tersebut.

 

Tidak berdiam diri, Aisha meminta wargamaya berkenaan berhenti menghakimi Nadeera yang disifatkan seperti kakaknya sendiri.

Advertisement

 

“Boleh anda berhenti? Gambar profil dah la AI. Ada hati nak judge my sister macam ini. Get a life, thank you,” tulisnya.

Bagaimanapun, individu berkenaan menjelaskan bahawa hantaran tersebut ditulis dengan baik.

 

Namun, Aisha mendakwa terdapat beberapa hantaran yang dikongsikan individu itu seolah-olah menyindir dan mencemuh golongan artis secara halus.

 

Penyanyi lagu Jodoh Lebaran itu turut meminta individu berkenaan supaya tidak menjadikan Threads sebagai sebuah platform yang toksik.

 

“Anda kena hentikan, semua artis anda bidas, cemuh secara halus. Anda tahu apa yang mereka rasa secara peribadi? Let people do their art with passion alone.

 

“Kecuali anda nak jawab semua ini kat Padang Mahsyar, then ya silakan.

 

“Jadi maaf jika ini mungkin terdengar menyakitkan, tetapi kami hanya menyebarkan kebaikan dan sokongan pada rangkaian.

 

“Tolong jangan jadikan Threads sebagai sistem dan platform toksik. Saya tahu anda seorang yang baik hati jauh di dalam, kami menyokong semua orang, okay,” katanya.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

Must Watch Video

Advertisement