Sekilas
- Aisha Retno beri penjelasan tentang persembahan lagu Jodoh Lebaran yang diubah suai menjadi Jodoh Sumandak dalam program Borneo Rising.
- Sebagai juri jemputan, Aisha bertugas memperkenalkan tema dan menghasilkan ‘plot twist’ dengan lirik serta susunan muzik baru berkonsepkan swing jazz.
- Netizen memuji kreativiti Aisha dalam menggubah lagu tersebut selepas penjelasannya di platform Threads.
Penyanyi, Aisha Retno tampil memberikan penjelasan berhubung persembahannya ketika menjadi juri jemputan dalam program Borneo Rising baru-baru ini.
Penjelasan itu dibuat susulan timbulnya persoalan mengenai pemilihan lagu popularnya berjudul Jodoh Lebaran yang dibawakan Aisha pada program berkenaan.
Menurut Aisha, sebagai juri, dia ditugaskan untuk memberikan pengenalan mengenai tema tersebut sebelum mengambil pendekatan untuk menghasilkan ‘plot twist’ menerusi lagu miliknya sendiri.
“Till next time borneo rising, untuk yang inginkan sedikit pencerahan ,ketahuilah bahawa tugas saya sebagai artis jemputan adalah untuk memberi introduction akan tema yang harus dibawakan oleh para peserta dan it’s called ‘plot twist’,” jelasnya menerusi hantaran di Threads.
Jelas Aisha lagi, lagu itu kemudiannya diubah menjadi Jodoh Sumandak dengan lirik serta susunan muzik baharu berkonsepkan swing jazz.
“Oleh itu, atas persetujuan production Aisha mem-plot-twistkan lagu sendiri, lagu Jodoh Lebaran jadi Jodoh Sumandak.
“Buat lirik sendiri dan arrangement sendiri berbentukkan swing jazz. Ok tak? hehe usahlah berandai andai lagi,’tak adil’ kan dah pernah dinyanyikan,” kongsinya.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kreativiti Aisha dalam menggubah lagu tersebut.