Skip to main content

Hiburan

Aisha Retno Terkilan ‘Tak Adil’ Didakwa Hasil Ciptaan AI - “Penat-Penat Nangis…”

Menurut Aisha, lagu tersebut mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana ia tercipta daripada pengalaman peribadi serta melalui proses kreatif yang panjang bersama adiknya.

Sekilas

  • Aisha Retno kecewa apabila lagu ciptaannya bersama Radi didakwa menggunakan teknologi AI, sedangkan ia hasil pengalaman peribadi dan proses kreatif panjang.
  • Dia menjelaskan tidak mahir menggunakan aplikasi atau perisian AI untuk menghasilkan lagu dan rakaman demo dibuat sendiri bersama adiknya hingga lewat malam.
  • Aisha memilih untuk tidak ambil pusing komen negatif dan berjanji terus maju ke hadapan demi karya yang terbaik.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aisha Retno meluahkan rasa terkilan selepas ada individu mendakwa lagu ciptaannya bersama Radi merupakan hasil kecerdasan buatan (AI).

Menurut Aisha, lagu tersebut mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana ia tercipta daripada pengalaman peribadi serta melalui proses kreatif yang panjang bersama adiknya.

Advertisement

"Penat-penat nangis dua hari, dua malam, dua jam, dua saat dapat inspirasi tulis lagu dari my heartbreak. Lepas tu adik tarik suruh masuk studio tulis lagu heartbroken.

"Sampai demam-demam pun record demo lagu ni pukul 3 pagi dengan adik sendiri," tulisnya.

Pelantun lagu Sutera itu juga menegaskan dia sendiri tidak mahir menggunakan aplikasi atau perisian untuk menghasilkan lagu menerusi teknologi AI.

Bagaimanapun, Aisha memilih untuk tidak terus memikirkan perkara tersebut dan berjanji untuk terus melangkah ke hadapan demi memberikan yang terbaik.

"Nak pakai app/software tu pun Ecah Retno tak reti tau. Tak apa kita maju terus," tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meminta Aisha agar tidak melayan komen negatif seperti itu.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement