Skip to main content

Hiburan

Aisyah Hijanah Mohon Maaf, Akui Khilaf Kesalahan Petikan Ayat Al-Quran Dalam Buku - “Sepatutnya Dengan Membawa Imej Figura…”

Aisyah Hijanah

Sekilas

  • Aisyah Hijanah memohon maaf selepas buku dakwah terbitannya didakwa mengandungi potongan ayat al-Quran yang salah.
  • Beliau mengaku kesilapan itu berlaku walaupun buku tersebut dihasilkan bersama ghostwriter dan mengambil tanggungjawab penuh atas kesilapan tersebut.
  • Semua jualan buku dihentikan sementara dan versi digital yang dikemas kini disediakan untuk pembaca.
Advertisement

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil membuat permohonan maaf selepas tularnya isu melibatkan buku dakwah terbitannya yang didakwa mengandungi kesalahan potongan ayat al-Quran.

Menerusi Instagram, Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari mengakui kekhilafan dan memaklumkan dirinya mengambil tanggungjawab penuh atas perkara yang berlaku.

Advertisement

Dakwa Aisyah, naskhah tersebut dihasilkan bersama seorang ghostwriter namun mengakui perlunya semakan yang teliti dilakukan sebelum buku itu diterbitkan terutama sekali apabila melibatkan petikan ayat suci al-Quran.

“Alhamdulillah, ini adalah salah satu bentuk teguran dan pengajaran buat Aisyah sendiri untuk lebih cakna dan tegas terhadap mana-mana cetakan yg berada di bawah tanggungjawab Aisyah.

“Naskah ini adalah penulisan bersama dgn ghostwriter, tetapi ianya menjadi tanggungjawab penuh buat Aisyah kerana menampilkan hanya satu nama sahaja, dan Aisyah akui memang ini adalah khilaf dan kesilapan Aisyah terhadap ayat-ayat Allah.

“Sepatutnya dengan membawa imej figura Islamik, Aisyah perlu lebih berhati-hati dalam setiap yang dibawa kepada mahupun penggunaan masyarakat.

“Tambahan pula, ini akan menjadi asbab ke syurga mahupun ke neraka Allah, Nauzubillahiminzalik,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Aisyah memaklumkan bahawa dia menerima segala teguran dengan hati yang terbuka dan tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak.

“Aisyah mengambil iktibar daripada hal ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya agar kesilapan tersebut dapat diperbaiki dengan baik.

“Terima kasih atas segala teguran dan cadangan penambahbaikan. Semoga perkara ini tidak akan berulang lagi sama ada dalam naskhah pembacaan, video mahupun penulisan di media sosial,” ujarnya.

Aisyah juga menegaskan bahawa semua jualan buku di bawah penerbitannya dihentikan buat sementara waktu, selain menarik semula naskhah terbabit daripada semua platform jualan.

Tambahnya, versi digital yang telah dikemas kini turut disediakan kepada pembaca yang ingin mendapatkan naskhah berkenaan.

Terdahulu, tular satu perkongsian yang mendakwa berlakunya kesalahan dalam buku diterbitkan Aisyah.

Melalui perkongsian yang tular, kesalahan itu didakwa bukan sekadar melibatkan baris atau tanda bacaan, malah terdapat potongan ayat yang dikatakan tidak wujud seperti dalam kitab suci al-Quran sehingga boleh mengelirukan pembaca.

Sumber: Instagram, Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

NIKO Magnetic Number Maze

NIKO Magnetic Number Maze

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

SHEGLAM Fairy Wand Precision Highlighter Contour Pencil

Must Watch Video

Advertisement