Skip to main content

Hiburan

Aizat Saha Impi Hasilkan Baju Nikah Dayang Nurfaizah - “Bila Tarikh Dia Kahwin? Saya Sendiri…”

ASTROGEMPAK Aizat Saha

Sekilas

  • Aizat Saha berasa bangga dapat menghasilkan busana khas untuk Dayang Nurfaizah bagi mempromosikan single terbaharunya, 'Aku'.
  • Kolaborasi ini terjalin melalui hubungan rapat Aizat dengan pengurusan Dayang dan mendapat sambutan positif di TikTok.
  • Aizat juga mengimpikan peluang untuk menghasilkan busana perkahwinan Dayang jika diberi kesempatan suatu hari nanti.
Advertisement

Pelakon yang juga pereka fesyen, Aizat Saha berasa bangga apabila diberi peluang menghasilkan busana khas buat penyanyi, Dayang Nurfaizah bagi mempromosikan single terbaharu berjudul ‘Aku’.

Advertisement

Aizat, berkata peluang bekerjasama dengan Dayang memberi satu kepuasan tersendiri, apatah lagi apabila hasil rekaannya dipakai oleh artis yang sudah lama dihormatinya dalam industri hiburan tanah air.

"Sebelum ini saya ada kongsi video menghasilkan baju Dayang, itu juga merupakan sebahagian daripada konten mempromosikan lagu terbaharunya berjudul Aku.

Advertisement

"Saya berbincang dengan Dayang untuk hasilkan baju untuknya dan secara tidak langsung menaikkan 'view' di TikTok saya.

"Saya dan Dayang menjadi rapat kerana pihak pengurusan Dayang mengenali dan berkawan dengan saya. Dari situ juga titik tolak untuk kolaborasi ini. Saya sangat bangga kerana dia seorang penyanyi yang hebat,” katanya kepada Gempak.

Pelakon berusia 31 tahun itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Viu Together Gather dan Iftar yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada terbuka untuk menghasilkan busana perkahwinan Dayang jika diberi peluang suatu hari nanti, Aizat mengakui dia sangat mengimpikan peluang tersebut.

"Bila tarikh Dayang kahwin? Saya sendiri tidak tahu. Namun sekiranya ditawarkan untuk buat baju nikah Dayang, sudah pasti saya sangat teringin.

"Jika tanya saya impikan ke buat baju kahwin Dayang, jawapannya sudah pasti saya impikan.

"Kalau Dayang berkahwin satu hari nanti dan pihaknya mengundang, saya akan hadir ke majlis persandingannya,” ujarnya. 

Terdahulu, Aizat memuat naik video di TikTok memaparkan proses dia menyiapkan busana untuk Dayang sehingga meraih pujian ramai.

Dalam perkembangan lain, Aizat membintangi drama terbitan Viu berjduul Di Sebalik Cahaya Raya yang turut menampikan Nabila Razali, Alia Azizul, Shahkimin dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Byford ( 2 Pieces ) Seluar Boxer Lelaki | Byford Underwear 100% Cotton Knit Boxers Assorted Colours - BUD5023X

Byford ( 2 Pieces ) Seluar Boxer Lelaki | Byford Underwear 100% Cotton Knit Boxers Assorted Colours - BUD5023X

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

New Style Seaside Holiday Style Flower Hairpin Atmosphere Hibiscus Flower Bangs Clip for Women

💕Linyufeng💕 Tunic Blouse Women Outfit Korean Style Student White Blue Classy ironless Ladies Slim Waist Pleated Long Bell Sleeve Shirt Baju Kemeja Putih Biru Perempuan Wanita Terkini Murah Cantik Raya 2026

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

RAV Design Mandarin Collar Short Sleeve Shirt

RAV Design Mandarin Collar Short Sleeve Shirt

Must Watch Video

Advertisement