Skip to main content

Selebriti

Ajak Shiro Dedah Ada Staf Tak Jujur, Terima Bayaran Pelanggan Ke Akaun Peribadi - “Bila Diperiksa Rupanya…”

Ajak pekerja Bumbu Babah tak jujur

Sekilas

  • Ajak Shiro mengingatkan pelanggan Bumbu Babah supaya membuat pembayaran hanya ke akaun rasmi syarikat dan bukan akaun peribadi pekerja.
  • Beberapa pekerja dipercayai tidak jujur menggunakan akaun peribadi untuk menerima bayaran pelanggan tanpa kebenaran.
  • Ajak sedang mempertimbangkan pemasangan CCTV di restoran bagi mengelakkan kejadian sama berulang dan memastikan kepercayaan antara majikan dan pekerja terjaga.
Advertisement

Pelawak, Ajak Shiro memohon para pelanggan yang berkunjung ke restoran miliknya, Bumbu Babah, agar memastikan setiap transaksi pembayaran dibuat terus ke akaun rasmi syarikat.

Peringatan itu dibuat selepas pihak pengurusan mendapati terdapat beberapa pekerja yang dipercayai tidak jujur apabila menerima bayaran pelanggan menggunakan akaun peribadi di restorannya.

Advertisement

“Saya nak minta tolong sikit boleh? Jika ada yang datang makan ke mana-mana cawangan Bumbu Babah, waktu bayar tu pastikan anda bayar kepada akaun syarikat ya.

“Bukan akaun peribadi. Ada beberapa pelanggan yang mengadu kata kenapa kena bayar ke akaun peribadi.

“Bila diperiksa rupanya ada beberapa orang yang tak jujur, dia buat simpanan hari tua guna akaun sendiri,” jelasnya menerusi hantaran di platform Threads.

Dalam pada itu, Ajak juga turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap pekerjanya.

Kata Ajak, selama ini dia enggan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di premis perniagaannya kerana mahu mewujudkan suasana kerja yang berteraskan kepercayaan antara majikan dan pekerja.

Bagaimanapun, insiden tersebut membuatkan dia tertanya-tanya sama ada langkah pemasangan CCTV perlu dipertimbangkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang pada masa akan datang.

“Tak ramai, tapi ada. Saya tak nak pasang CCTV sebab nak staf rasa dipercayai, ke kena pasang ek?,” coretnya.

Perkongsian Ajak itu kemudiannya menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata menyifatkan pemasangan CCTV adalah wajar demi menjaga operasi perniagaan serta melindungi kepentingan pelanggan dan syarikat.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement