Skip to main content

Hiburan

Akad Yang Hilang Hampiri Penamat Di Pawagam Namun Ceritanya Belum Bernoktah

Akad Yang Hilang

Tayangan filem Akad Yang Hilang lakonan Mira Filzah dan Syarul Ezani akan melabuhkan tirainya di pawagam.

Menerusi satu hantaran di media sosial Astro Shaw, pihak produksi menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudah sama-sama menyebarkan kesedaran mengenai isu nikah fasid dan juga siber buli yang cuba disampaikan menerusi filem ini. 

Namun perjalanannya masih berlum berakhir. Nantikan apa yang akan berlaku seterusnya.

Selain Mira dan Syarul, filem terbitan Astro Shaw yang diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri turut dibintangi Idan Aedan, Sherie Merlis dan Aleza Shadan.

Sinopsis: 

Akad Yang Hilang memaparkan kisah Maryam yang ingin berkahwin dengan kekasih pilhan hatinya, Ammar. Sebagai sebahagian proses pendaftaran perkahwinan, Maryam memohon wali hakim kerana bapanya, Husni, telah meninggal dan satu-satunya adiknya, Zaki, baru berumur 17 tahun. Walau bagaimanapun, langkah yang sepatutnya mudah menjadi rumit dengan pendedahan yang mengejutkan. 

Mahkamah Syariah memaklumkan perkahwinan ibu bapa Maryam tidak sah kerana fasid. Masalah Maryam itu tersebar di media sosial sehingga menjadi perbualan negatif masyarakat. 

Persoalannya, bagaimana Maryam ingin meneruskan perkahwinannya, berhadapan stigma orang sekeliling dan mencari jawapan mengenai statusnya sebagai anak yang sah.

Must-Watch Video

Advertisement