Skip to main content

Hiburan

‘Akad Yang Hilang’ Pamer Kisah Realiti Sebenar Masyarakat & Konflik Nikah Fasid

Akad Yang Hilang

Pelakon, Nurel Baharin mengajak orang ramai menonton filem terbaharu terbitan Astro Shaw iaitu Akad Yang Hilang lakonan Mira Filzah dan Syarul Ezani.

Menerusi satu hantaran di Threads, Nurel berkata drama tersebut bukan sekadar mengetengahkan isu nikah fasid seperti yang digambarkan dalam teaser sebaliknya mengupas realiti yang sedang berlaku dalam masyarakat hari ini.

“Just got back from premier Akad Yang Hilang, and the show was not telling us about Nikah Fasid (as per teaser) je tau. They've been telling us more about what happened to our community nowadays.

“No spoiler korang kena pergi tengok,” katanya. 

Menerusi tinjauan Gempak di sosial media, rata-rata penonton memuji kekuatan jalan cerita serta lakonan mantap barisan pelakon, khususnya Mira Filzah yang disifatkan berjaya menyentuh emosi.

Malah mereka juga bersetuju dimana filem ini bercerita mengenai realiti masyarakat sekarang. 

“Menonton Akad Yang Hilang membuatkan kita sedar bahawa kehilangan seseorang tidak bermakna cinta itu tidak pernah wujud. Ia cuma satu perjalanan untuk mengajar kita tentang sabar, reda dan percaya pada waktu Tuhan. 

“Akad Yang Hilang bukan sekadar kisah cinta. Ia menunjukkan bagaimana kata-kata di media sosial boleh perlahan-lahan memusnahkan seseorang. Cyber bullying bukan ‘sekadar komen’, ia adalah tekanan, rasa malu dan kesunyian yang ditanggung sendirian. 

“Please watch Akad Yang Hilang. It’s truly different from the others. I love Mira Filzah’s acting; it really touches the soul. You guys will cry, feel every emotion, and gain meaningful lessons from it,” komen netizen. 

Filem Akad Yang Hilang arahan Bahri Uma Bajuri itu dibintangi Mira Filzah, Syarul Ezani, Idan Aedan, Sherie Merlis dan Aleza Shadan.

Must-Watch Video

Advertisement