Skip to main content

Hiburan

“Akan Ada Plot Twist…” - Daniel Cheang Tangguh Tayangan Meet Your Idol, Simpan Kejutan Buat Peminat

“Akan Ada Plot Twist…” - Daniel Cheang Tangguh Tayangan Meet Your Idol, Simpan Kejutan Buat Peminat

Sekilas

  • Daniel Cheang menjelaskan program terbaharu Meet Your Idol ditangguhkan tayangannya kerana ingin memberikan beberapa kejutan kepada penonton.
  • Daniel mahu memastikan pengalaman bertemu selebriti dalam program itu lebih dekat dan mengujakan untuk peminat.
  • Akan ada plot twist dengan pengumuman idola baru yang akan menyertai barisan selebriti seperti Aisha Retno, ALPHA, Aina Abdul dan Firdaus.
Advertisement

Pengacara dan penerbit, Daniel Cheang menjelaskan sebab program terbaharunya, Meet Your Idol masih belum ditayangkan kepada umum seperti yang dirancang.

Menurut Daniel, dia memahami ramai peminat sudah tidak sabar untuk menyaksikan program berkenaan, namun keputusan menangguhkan tayangan dibuat kerana terdapat beberapa kejutan yang mahu dipersembahkan kepada penonton.

Advertisement

“Saya yakin ramai yang sedang menunggu program Meet Your Idol ditayangkan, namun sebab ada beberapa kejutan yang saya mahu berikan kepada peminat jadi kami tunda dahulu tarikh tayangan program ini,” katanya kepada Gempak. 

Pada masa sama, Daniel berkata dia mahu memastikan Meet Your Idol mampu memberikan pengalaman yang lebih dekat kepada penonton, khususnya dalam merasai keterujaan ketika bertemu selebriti kesayangan mereka. 

“Sebagai pengacara dan producer program saya nak berikan yang terbaik untuk semua peminat agar mereka dapat rasa apa yang saya rasa bila bertemu dengan selebriti antarabangsa. 

“Pengalaman itu adalah sebahagian daripada kenapa program ini dilaksanakan, jadi setiap apa yang saya mahu tunjukkan perlu selari dengan visi dan misi saya untuk program ini,” ujarnya. 

Daniel juga memberi bayangan terdapat satu kejutan besar yang masih dirahsiakan daripada penonton, sekali gus menjadikan barisan idola untuk musim pertama program tersebut lebih menarik.

Katanya, peminat perlu menantikan pengumuman rasmi mengenai siapakah idola yang bakal menyertai barisan selebriti yang sudah diumumkan.

“Macam yang saya kata, akan ada plot twist, jadi saya akan umumkan siapa idola yang akan bersama dengan barisan idola yang lain seperti Aisha Retno, ALPHA, Aina Abdul dan Firdaus untuk musim pertama ini, nantikan,” tambah Daniel. 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement