Sekilas
- Bella Astillah sebak menerima mikrofon putih yang sudah lama diidamkan sebagai hadiah untuk dirinya sendiri.
- Dia pernah meminjam mikrofon rakan artis ketika bertanding Famili Duo kerana belum mampu membeli mikrofon sendiri untuk latihan vokal.
- Netizen memberi kata semangat dan berkongsi bahawa mikrofon tersebut bernilai puluhan ribu ringgit.
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah sebak dan menangis terharu apabila menerima sebuah mikrofon berwarna putih yang difahamkan sudah lama diidamkan.
Dalam perkongsian oleh pembantu peribadinya, Niel Rafeq, Bella dikatakan sudah lama memasang impian untuk memiliki mikrofon sendiri. Malah, ketika bertanding dalam program Famili Duo sebelum ini, Bella pernah meminjam mikrofon milik rakan artis kerana belum mampu membeli yang sesuai untuk latihan vokal.
“Lama sangat dia menantikan saat ini, di mana dia ada mic dia sendiri. Sampai satu tahap dulu dia pinjam mic rakan artis masa bertanding di Famili Duo. Dia cakap dia nak practice nyanyi banyak-banyak supaya boleh ada mic sendiri. Alhamdulillah, proud of you Bella… hadiah untuk diri dia sendiri,” tulis Niel.
Dalam video tersebut, Bella kelihatan memegang mikrofon itu erat sambil menahan sebak.
Netizen yang menonton momen berkenaan yang diulang siar di Threads turut memahami perasaan Bella, lebih-lebih lagi setelah melalui fasa kehidupan yang cukup mencabar beberapa tahun kebelakangan ini.
Di ruangan komen, ramai menitipkan kata semangat:
“Proud of you Bella, awak layak gapai apa saja lepas lalui liku yang panjang.”
“Alhamdulillah… semoga terus maju jaya Bella.”
“Nangis sorang-sorang janganlah ajak kami sekali, dah pukul 1 pagi ni.”

Ada juga netizen yang membongkar harga mikrofon tersebut yang difahamkan mencecah nilai puluhan ribu ringgit.
“Mesti mahal kan mic tu.”
“Mahal you… around RM30k lebih dan ke atas, bergantung pada kualiti," tulis warganet.
