Skip to main content

Hiburan

“Akhirnya Dapat Berjumpa Ibu Saya Selepas 6 Tahun” - Nur Sajat

“Akhirnya Dapat Berjumpa Ibu Saya Selepas 6 Tahun” - Nur Sajat

Sekilas

  • Nur Sajat Kamaruz Zaman berkongsi rasa syukur dapat berjumpa dengan ibunya, Maimon Omar, selepas enam tahun berjauhan.
  • Sajat meluahkan betapa panjangnya tempoh tersebut dan betapa dia rindu untuk duduk dan meluangkan masa bersama ibunya semula.
  • Pertemuan itu diatur oleh rakan selebriti Singapura, Roslan Shah, dan video pertemuan mereka menjadi tular di kalangan wargamaya.
Advertisement

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Nur Sajat Kamaruz Zaman meluahkan rasa syukur kerana dapat berjumpa dengan ibu tercintanya, Maimon Omar selepas enam tahun tidak berjauhan.

Menerusi Threads, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memaklumkan bahawa dia sukar menggambarkan perasaannya kerana berpendapat jarak enam tahun adalah satu tempoh yang lama buatnya.

Advertisement

“Enam tahun adalah tempoh yang panjang untuk berjauhan dengan seseorang yang kita sayang.

“Banyak perkara telah berlaku, begitu banyak momen yang telah berlalu dan tidak terhitung berapa kali saya berharap dapat duduk di sebelahnya semula,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Sajat meluahkan rasa bersyukur kerana dapat memeluk dan mencium ibunya setelah sekian lama berjauhan.

“Hari ini, dapat melihatnya, memeluknya dan meluangkan masa bersama terasa seperti sesuatu yang tidak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata.

“Hidup mungkin membawa kita jauh, tetapi jarak tidak akan pernah memadamkan kasih sayang antara seorang ibu dan anaknya,” luahnya lagi.

Terdahulu, video pertemuan Sajat dan ibunya tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya meluahkan rasa sebak melihat momen tersebut.

Pertemuan antara Sajat dan ibunya telah diatur dan dibantu rakan yang juga selebriti Singapura, Roslan Shah atau lebih mesra disapa Cik Lan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement